Lagarde Berhasrat Terus Naikkan Kadar Faedah Di Tengah Jangkaan Kemelesetan Ekonomi!

424

Presiden Christine Lagarde pada hari ini telah menyampaikan bahawa Bank Pusat Eropah akan terus meningkatkan kos pinjaman, walaupun dengan aktiviti ekonomi dijangka “perlahan dengan ketara,”.

“Kami menjangkakan untuk meningkatkan lagi kadar faedah dalam beberapa mesyuarat akan datang untuk melembapkan permintaan dan mengawal risiko anjakan berterusan ke atas jangkaan inflasi,” kata Lagarde.

Dalam kenyataan yang berbeza kepada penggubal undang-undang Kesatuan Eropah di Brussels, “Keputusan kadar dasar masa depan kami akan terus bergantung kepada data dan mengikut pendekatan mesyuarat demi mesyuarat,”.

Tekanan inflasi tanpa henti yang didorong oleh perang Rusia di Ukraine dan krisis tenaga yang terhasil telah mendorong ECB untuk memulakan kadar kenaikan buat kali pertama dalam lebih sedekad. Pada bulan ini, ECB telah menaikkan 75 mata asas dalam kadar faedah. Persoalannya ialah bagaimana untuk meneruskan langkah ini kerana kenaikan kadar faedah disertai dengan ramalan kemelesetan yang semakin meningkat.

Jerman yang merupakan antara ekonomi terbesar di Eropah, data pada hari Isnin menunjukkan keyakinan perniagaan merosot ke tahap paling teruk sejak bermulanya penularan pandemik. Keyakinan pengguna di Eropah berada pada tahap terendah sepanjang masa.

Pegawai ECB, bagaimanapun, berkata kelemahan ekonomi tidak akan menghalang mereka daripada menaikkan kadar faedah.

Pelabur pasaran wang melihat ECB akan menaikan kadar faedah atu lagi kenaikan sebanyak 75 mata asas. Langkah seterusnya akan bergantung sebahagian besarnya pada bacaan inflasi bulan ini, yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat. Pakar ekonomi melihat harga melonjak 9.7% daripada setahun lalu

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat