Lagenda Wall Street Ini Dedah Rahsia Kejayaan Beliau

797

John Templeton merupakan seorang pelabur lagenda dan salah seorang pelopor dalam pelaburan global.

Selain itu, beliau dikenali sebagai salah seorang pelabur terbesar abad ke-20 yang mencari peluang pasaran di luar Amerika Syarikat. Beliau mengembara setelah tamat pengajian di Universiti Yale dan Oxford.

Hasil daripada pengembaraan tersebut, beliau yakin dan percaya bahawa pasaran saham luar negara turut menawarkan peluang yang sama seperti Amerika Syarikat.

Oleh itu, Templeton memilih negara yang menguatkuasakan undang-undang yang sedikit longgar serta kadar inflasinya yang rendah.

Pelaburan terbesarnya dalam ekuiti Jepun pada akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970.

Di samping itu, Templeton juga menceburkan diri dalam perniagaan mutual fund lalu menubuhkan Templeton Growth Fund pada tahun 1954. Purata dana tahunan ialah +14.5% dalam tempoh 38 tahun akan datang, mengatasi indeks pasaran saham yang lebih luas.

Setiap $10,000 yang dilaburkan dalam dana tersebut yang disertakan dengan dividen dilaburkan semula akan berkembang sebanyak $2 juta pada tahun 1992 seterusnya dijual kepada Franklin Group.

Terdapat 4 rahsia kejayaan yang didedahkan oleh figura hebat ini dalam pelaburan.

1. Jangan Takut Ambil Risiko

Templeton percaya dalam mengambil ‘calculated risks’. Realiti yang terjadi pada tahun 1939 apabila perang mula tercetus di Eropah. Beliau menjangka bahawa harga pasaran saham akan meningkat.

Oleh yang demikian, beliau telah meminjam sejumlah wang daripada majikannya untuk membeli 100 saham daripada 104 buah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham New York dan menjualnya 1 dolar atau kurang daripada itu untuk setiap saham.

Peratusan yang tinggi menunjukkan syarikat-syarikat tersebut hampir muflis dan sebanyak 34 buah syarikat yang dilaburkannya telah diisytiharkan muflis. Namun begitu, Templeton berani mengambil risiko dan berpendapat bahawa perang dunia II akan memulihkan Amerika Syarikat daripada Great Depression serta syarikat berkenaan akan pulih.

Hakikatnya, sangkaan beliau adalah benar apabila hanya 4 buah syarikat yang terjejas. Setelah memegang saham selama 4 tahun, beliau berjaya memperoleh lebih daripada $40,000.

2. Menjadi Pelabur Nilai

Templeton menggunakan teknik fundamental ‘bargain-hunting’ dalam pelaburannya. Beliau akan mencari saham yang dijual di bawah nilai aset, kemudian memegang saham tersebut selama bertahun-tahun.

Contohnya, Templeton Growth yang dijalankan selama beberapa dekad, memegang saham dalam tempoh purata 6 hingga 7 tahun.

Beliau menyarankan agar para pelabur memberi tumpuan terhadap nilai kerana majoriti pelabur menekankan kepada jangkaan dan trend.

Di samping itu, Templeton menolak analisis teknikal dalam memilih saham dan percaya bahawa setiap pelabur perlu menjadi fundamentalis untuk berjaya di pasaran.

3. Melabur Serata Dunia

Figura hebat ini menggunakan dananya untuk menunjukkan nilai pelaburan Amerika di seluruh dunia. Ketika dana tersebut diasaskan, kebanyakan rakyat negara tersebut tidak mahu melabur dalam pasaran asing.

Justeru itu, beliau menubuhkan beberapa dana pelaburan terbesar antarabangsa dan paling berjaya di dunia.

Kesimpulannya, terdapat ramai figura hebat yang dilahirkan melalui bidang pelaburan. Oleh itu, jelaslah bahawa pelaburan bukanlah bidang biasa-biasa yang mampu diceburi oleh semua. Hanya individu yang mempunyai ilmu dan kesungguhan mampu untuk bertahan dalam pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat