Lagi Firma Malaysia Bakal Terbitkan Sukuk Ikut Jejak TNB

575

CIMB pun bertambah ‘Nur’ lepas ini.

CIMB Bank Bhd, anak syarikat tidak langsung 99.99% milik CIMB Group Holdings Bhd akan menerbitkan bon Islamik bernilai RM15 bilion dibawah program Sukuk Wakalah.

Menurut pemfailan CIMB Bank, CIMB Investment Bank Bhd akan menjadi penasihat utama bon Islamik bernilai RM15 bilion tersebut.

Tambahnya lagi, tarikh luput penyerahan bon Islamik dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) adalah pada 22 Febuari 2022 dan menurut mereka cara bagaimana wang yang akan diperoleh daripada bon Islamik itu akan digunakan masih tidak dinyatakan.

Menurut nota yang dikeluarkan oleh penganalisis RAM Ranting Services Bhd (RAM Ratings), Loh Kit Yoong dan Wong Yin Ching berkata, mereka telah memberikan CIMB Bank penarafan institusi kewangan AAA/Stabil/P1 dan bagi sukuk yang bakal diterbitkan telah diberi penarafan AAA/Stabil.

Hujar mereka lagi, metrik kredit CIMB kekal utuh sejak semakan terakhir RAM Ratings ke atas penyedia perkhidmatan kewangan itu pada Mei 2021.

Setakat tengah hari, saham CIMB Group didagangkan menyusut 6 sen atau 1.16% pada RM5.11 dan permodalan pasaran bernilai RM52.22 bilion.

Menurut pemfailan Bursa, jumlah saham terbitan CIMB Group yang dilaporkan setakat ini (28 Oktober) berjumlah sekitar 10.22 bilion.

Menyusuri rekod, Team INTRADAY pernah melaporkan berkenaan satu lagi firma tempatan yang menerbitkan suku atau bon Islamik iaitu TNB sebelum ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat