Lagi-Lagi Masalah, Facebook Disaman Kerana Langgar Privasi Pengguna

297

Haritu ada baca komen dekat Facebook Intraday, ramai kecam penulis sebab masih guna Facebook. Saja nak tanya korang tahu tak korang pun masih guna Facebook? Facebook mungkin sedang curi maklumat korang sekarang ni.

Pejabat peguam negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) telah mendakwa dan menyaman Facebook milik Meta Inc kerana melanggar undang-undang perlindungan privasi negeri dengan menggunakan teknologi pengecaman muka (facial-recognition) bagi mengumpul data biometrik berjuta rakyat Texas secara senyap.

Menurut pemfailan, Facebook dituduh mengambil maklumat biometrik pengguna melalui gambar dan video yang dimuat naik daripada sistem tagging automatiknya, kemudian mendedahkan maklumat tersebut dan gagal memusnahkannya pada masa yang munasabah.

Peguam negeri, Ken Paxton, menzahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap amalan perniagaan yang yang tidak jujur oleh segelintir gergasi teknologi dan berjanji akan memperjuangkan hak privasi serta keselamatan rakyat Texas.

Menurut sumber, jurucakap Meta berkata pihaknya sudah lama memberhentikan penggunaan teknologi tersebut dan mereka akan mempertahankan diri dengan sewajarnya terhadap tuduhan tersebut.

Meta dipercayai telah menyahaktifkan fungsi sistem tagging secara automatik dalam platform Facebook pada tahun lepas.

Ini bukan kali pertama Facebook menghadapi masalah seperti ini.

Pada tahun lalu di Illinois, Facebook telah membayar US$650 juta sebagai penyelesaian terhadap saman negeri tersebut mengenai masalah yang sama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat