Lagi Petunjuk Dari ECB Pacu Euro Lebih Tinggi, USD Pula Macam Mana?

209

US dolar kembali memaparkan sedikit peningkatan dengan pergerakan yang perlahan pada awal sesi Asia ketika tumpuan pelabur kini terarah kepada penerbitan beberapa data ekonomi dari Eropah dan Amerika Syarikat pada hari ini.

Presiden AS, Joe Biden memberitahu bahawa pentadbirannya sedang mengkaji untuk memotong tarif import China yang akan menjimatkan sehingga $80 bilion cukai di negaranya dan meredakan kehangatan inflasi.

Kenyataan ini sedikit sebanyak memberi manfaat buat pelabur mata wang sensitif risiko dolar Aussie dan kiwi untuk meningkat yang umumnya diketahui turut dipengaruhi oleh ekonomi China.

Sementara itu, mata wang euro turut didagangkan lebih tinggi selepas dipacu oleh kenyataan Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde bahawa beliau menjangkakan kadar faedah akan meningkat menjelang akhir September dan boleh menaikkannya lagi jika mereka melihat inflasi stabil pada 2%.

Hal ini secara tidak langsung memberi petunjuk bahawa kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas akan berlaku dua kali, sebaik sahaja program pelonggaran kuantitatifnya dihentikan.

Melihat perkembangan pound pula, mata wang itu kekal didagangkan di paras tertinggi dua minggu disokong oleh dagangan dolar greenback yang lemah.

Penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan dari Zon Eropah dan UK akan menjadi tumpuan pelabur pada sesi Eropah yang dijangka akan menunjukkan pertumbuhan lebih perlahan pada bulan Mei.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat