Lahhh..Ini Rupanya Yang Menyebabkan Harga Kripto Berubah!

1,949

Tahukah anda, turun naik harga kripto memainkan peranan penting untuk pelabur menentukan masa terbaik membeli kripto?

Teruskan membaca untuk mengetahui faktor-faktor yang memberi kesan kepada harga kripto.

1. UNDANG-UNDANG

Harga kripto sangat bertindak balas dengan sebarang keputusan terhadap undang-undang matawang kripto.

Misalnya isu Securities and Exchange Commission (SEC) menghentam Ripple hingga menyebabkan XRP susut lebih 30% dalam 24 jam.

2. ISU SEMASA

Matawang kripto dianggap sebagai alternatif kepada matawang fiat yang mana nilainya disokong oleh kerajaan.

Ketika para pelabur tidak yakin dengan matawang fiat kerana krisis politik atau ekonomi, mereka akan beralih kepada bitcoin dan matawang kripto yang lain, menyebabkan harga naik mendadak.

3. SPEKULASI

Melalui spekulasi, pelabur mampu meraih keuntungan dengan menjual aset ketika harga naik mendadak.

Bagaimanapun, pembelian dan penjualan jangka pendek akan memberi kesan sebaliknya terhadap pasaran.

4. AKTIVITI GODAM

Aktiviti penggodaman sistem, pertukaran matawang kripto atau wallet berpotensi untuk menyusutkan harga aset.

Misalnya wallet Ledger yang digodam, melibatkan 270,000 maklumat peribadi pengguna baru-baru ini hingga menyebabkan Bitcoin susut 10% dari rekod tertinggi.

5. MATAWANG BARU

Ketika satu matawang menjadi popular, mendorong lebih banyak kemasukan modal dan menyebabkan lonjakan harga, pengenalan matawang baru dilihat berpotensi untuk memberi kesan yang tidak menentu.

 

Justeru, pelabur perlu membuat kajian terlebih dahulu dan bersikap berhati-hati sebelum membuat pelaburan!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat