Lain Dari Yang Lain, IMCoin Kripto Hibrid Pertama Dunia!

285

Bukan kereta hibrid tetapi syiling hibrid pertama dunia, IMCOIN.

Seperti matawang kripto yang lain, syiling hibrid masih dikategorikan sebagai matawang kripto dengan sedikit kelainan sifat yang membezakan antara ‘hibrid’ dengan aset kripto yang lain.

Objektif kepada pembangunan matawang kripto ini adalah bertujuan untuk menggabungkan manfaat matawang kripto dengan stablecoins.

Ini bermakna Hybridcoin memberi peluang kepada pemegangnya untuk memiliki aset disokong dengan asas yang diaudit dan umum, yang mana hasil dari jualan token akan dimasukkan, sekaligus meningkatkan nilai serta kesan positif terhadap harga syiling.

Mudahnya, pelabur yang membuat pelaburan terhadap stablecoins tidak perlu mempertaruhkan keuntungan untuk kestabilan dan pelabur yang melabur dalam matawang kripto tidak perlu menunggu kestabilan untuk dapatkan keuntungan.

IMCoin juga dilaporkan sedang dalam perancangan untuk mewujudkan model bisnes yang stabil dan menguntungkan dengan menggunakan matawang kripto sebagai deposit, termasuk pelaburan aset.

Model itu bertujuan untuk memudahkan akses kredit kepada pengguna IMC berdasarkan keselamatan dan ketelusan teknologi blockchain dengan platformnya.

Menariknya lagi, Lucybook, juruaudit komersial bagi seluruh pasaran termasuk forex, niaga hadapan, stok, matawang kripto dan banyak lagi dibangunkan dengan alat pengesahan transaksi yang berasaskan teknologi blockchain.

Ia berpotensi menjadi keperluan asas bagi kewujudan Hybridcoin lain pada masa akan datang terutama yang memerlukan audit.

IMCOIN mula dijual pada Mei 2019 dan tamat pada April 2021 dengan sebanyak 100,000,000 token untuk dijual. Sehingga kini hampir 19,000,000 token telah terjual pada harga $1.74. Harga aset ini dijangka akan melonjak kepada $2.00 pada 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat