Lain Macam Pendekatan BoJ, Rupanya Ini Matlamat Yang Ingin Dicapai!

1,758

Bank Pusat Jepun pada hari Khamis mengukuhkan lagi pandangan mereka untuk mengekalkan kadar faedah yang sangat rendah dan dalam masa yang sama berikrar untuk membeli jumlah bon tanpa had bagi mempertahankan sasaran hasilnya. Perkara ini telah mendorong penjualan matawang yen lebih lanjut dan peningkatan dalam bon kerajaan.

Langkah ini mencerminkan azam BoJ untuk menyokong ekonomi yang rapuh walaupun terdapat kenaikan mendadak dalam kos bahan mentah sehingga mendorong lonjakan inflasi. BoJ memilih untuk mengekalkan dasar monetari ultra longgarnya dan ikrar untuk mengekalkan kadar faedah pada “paras semasa atau lebih rendah.”

BoJ juga memaklumkan bahawa mereka akan membeli bon kerajaan 10 tahun tanpa had bagi mempertahankan had 0.25%. Komitmen BOJ terhadap program kadar sifarnya meletakkannya pada kedudukan yang berbeza dengan ekonomi utama lain yang beralih ke arah dasar monetari yang lebih ketat untuk memerangi lonjakan harga, walaupun inflasi di Jepun dijangka meningkat ke arah sasaran 2% bank pusat.

Komitmen BOJ yang diperkukuh untuk memastikan dasar akomodatif mendorong yen jauh di bawah paras sokongan psikologi berbanding US dolar. Hasil pada penanda aras bon kerajaan Jepun 10 tahun susut ke paras terendah lebih tiga minggu sebanyak 0.215%.

Kuroda menyatakan bahawa tidak ada perubahan pada pandangannya bahawa yen yang lemah memberi manfaat kepada ekonomi Jepun, tanda penyusutan lebih lanjut dalam mata wang mungkin tidak akan mendorong BOJ mengubah dasar ultra-mudahnya.

Walaupun begitu, beliau memberi amaran bahawa turun naik pasaran yang berlebihan boleh menjejaskan ekonomi dengan menyukarkan firma untuk menetapkan rancangan perniagaan.

Seperti yang dijangkakan secara meluas, BOJ tidak mengubah sasaran -0.1% untuk kadar faedah jangka pendek dan ikrar untuk mendorong hasil bon 10 tahun sekitar 0%.

Dalam ramalan suku tahunan baharu, bank pusat mengunjurkan inflasi pengguna teras mencecah 1.9% pada tahun fiskal semasa sebelum jatuh kepada 1.1% pada fiskal 2023 dan 2024 – kerana terdapat indikasi lonjakan inflasi adalah sementara.

Inflasi pengguna teras, yang mencecah 0.8% pada bulan Mac, dijangka meningkat kepada sekitar 2% mulai April, yang berkemungkinan didorong sebahagian besarnya oleh kenaikan kos bahan api.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat