Laju Sangat Solana (SOL) Pintas Dogecoin (DOGE)!

857

Solana (SOL) benar-benar menunjukkan potensinya ke paras maksimum dengan rekod tertinggi sepanjang masa (ATH) berturut-turut sejak kebelakangan ini.

Baru sebentar tadi Solana menggantikan kedudukan Dogecoin (DOGE) yang sebelum ini dengan meningkat kepada kedudukan ke-7, menjadikan aset meme itu berada di kedudukan ke-8.

Siapa sangka bermula dengan nilainya $1.5 pada awal 2021, kini SOL mencatat harga $143.00 ketika artikel ini ditulis.

Solana menunjukkan pergerakan yang stabil dan positif sehingga merekodkan ATH yang pertama bagi tahun ini, $58.32 pada 18 Mei. Namun, ia tidak bertahan lama apabila susut ke paras terendah $18.71 pada 24 Mei.

Kemudian SOL terus mencatatkan harga yang memberangsangkan sehinggalah kali terakhir ia merekodkan paras terendah harian pada 20 Julai, sekitar $20.

Bagaimanapun, ekoran daripada beberapa faktor: pertumbuhan protokol popular seperti DeFi dan NFT menyebabkan harganya kembali ke paras sebelum ini sehinggalah berjaya mengatasi beberapa altcoins lain yang mencatatkan lonjakan sebanyak 50%-100%.

Tidak cukup dengan itu, pendaftaran dana Solana oleh Osprey Funds dan integrasi Pyth Network dengan rangkaian itu sudah cukup menyakinkan pergerakan aset ini tidak akan berhenti dalam masa terdekat.

Percaya atau tidak, Solana cuma memakan masa 2 minggu sahaja untuk menyaksikan lonjakan dua kali ganda. Manakala hanya 6 minggu sahaja untuk SOL melonjak 400%.

Baru sebentar tadi SOL mencatatkan ATH terbaru, $145.97, menjadikan peningkatan sebanyak 600% sejak 20 Julai dan lebih 9,000% sejak awal tahun!

Dengan kedudukannya yang mengatasi Dogecoin, Solana kini merekodkan nilai pasaran $41 bilion dengan bekalan dalam kitaran semasa ialah sebanyak 290.8 juta SOL.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat