Lama Tak Dengar Khabar Dari Rusia, Tahu-Tahu Dell ‘Bungkus’ Keluar

266

‘Lepas ni budak-budak Rusia dah tak boleh pakai laptop Dell la nak buat assignment.’

Syarikat komputer Amerika Syarikat (AS), Dell Technologies Inc mengesahkan pengunduran diri dari pasaran Rusia selepas bertindak menghentikan operasinya pada pertengahan bulan Ogos.

Perkara tersebut disahkan jurucakap Dell, Mike Siemienas, apabila beliau mengatakan ke semua pejabat dan operasi di Rusia telah ditamatkan perkhidmatan selepas berbulan-bulan menggantung perniagaan.

Sebagai konteks, Dell telah menggantungkan operasi syarikat termasuk penjualan, perkhidmatan dan aktiviti sokongan pelanggan pada Februari lalu selepas Rusia bertindak menceroboh Ukraine.

Ketika waktu itu Dell telah menyekat sebarang aliran perniagaan di Rusia, Belarus dan beberapa kawasan di Ukraine antaranya Donetsk serta Luhansk sebagai bantahan terhadap tindakan pencerobohan.

Tindakan Dell tersebut walaupun sudah lambat, menambah senarai syarikat AS yang bertindak mengenakan sekatan terhadap Rusia.

Suka diingatkan bahawa Dell merupakan pemborong komputer utama di Rusia serta juga adalah permain utama dalam pasaran Moscow.

Sumber dari CNews Rusia mengatakan tindakan Dell yang keluar sepenuhnya dari pasaran tersebut telah mengakibatkan sejumlah besar pekerja hilang pendapatan.

Namun, Kementerian Perindustrian Rusia memaklumkan bahawa ke semua penyelidik dan jurutera yang dibuang Dell telah ditawarkan pekerjaan baru.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat