Langgar Peraturan, Robinhood Berdepan Penalti $30 Juta!

278

Robinhood, platform perdagangan kripto yang memudahkan pengguna dalam transaksi dan jual beli telah berdepan dengan masalah setelah dilaporkan bahawa broker kripto tersebut telah melanggar beberapa peraturan tertentu.

Dalam pelaksanaan undang-undang kripto, Jabatan Perkhidmatan Kewangan New York States (DFS) telah mengenakan penalti terhadap Robinhood atas jenayah berkaitan kripto yang dibuatnya.

Wall Street Journal melaporkan cawangan pasaran Robinhood berdepan penalti $30 juta disebabkan pelanggaran peraturan berkaitan anti-pengubahan wang haram dan keselamatan siber.

Robinhood juga diarahkan untuk mendapatkan khidmat perunding bebas untuk menilai pematuhan peraturan NYDF’s sebagai usaha untuk pemulihannya.

Jabatan New York menilai kelemahan Robinhood dari segi pengurusan syarikat dalam mengekalkan budaya pematuhan dan memperuntukkan sumber yang mencukupi untuk program yang dijalankannya.

Selain itu, Robinhood juga dilihat tidak mempunyai sumber yang cukup dalam menjalankan Akta Rahsia Bank (Bank Secrecy Act) dan pematuhan anti-pengubahan wang haram.

Kenyataan oleh Pegawai DFS, Adrienne A.Harris, DFS akan meneruskan penyiasatan untuk mengambil tindakan terhadap para pemegang lesen yang melanggar undang-undang dan peraturan jabatan. Penyiasatan tersebut adalah untuk melindungi pengguna serta menjamin keselamatan dan kemantapan sesebuah institusi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat