Langkah BoC Buahkan Hasil, Kadar Inflasi Turun 0.3% Pada Bulan Ogos!

172

Kadar inflasi Kanada berkurangan untuk bulan kedua pada bulan Ogos berikutan harga petrol yang lebih rendah, perkembangan yang dinantikan oleh para pelabur kerana ini secara tidak langsung memberi keyakinan kepada Bank of Canada bahawa kenaikan kadar faedahnya berkesan.

Indeks harga pengguna meningkat 7% daripada setahun lalu, turun daripada 7.6% pada bulan Julai dan paras tertinggi empat dekad sebanyak 8.1% pada bulan Jun, lapor Jabatan Statistik Kanada pada hari Selasa. Pakar ekonomi malah menjangkakan bacaan 7.3%. Pada bulan Ogos, harga jatuh 0.3%, penurunan bulanan terbesar sejak awal pandemik Covid-19.

Inflasi yang tidak termasuk harga yang lebih tidak menentu juga dilaporkan berkurangan. Tiga indikasi utama bank pusat itu turun kepada 5.23% daripada bacaan 5.43% yang disemak pada bulan Julai.

Menurut Sal Guatieri, ahli ekonomi kanan di Bank of Montreal, dengan ini Bank Pusat Kanada berkemungkinan akan iltizam dengan langkah-langkah teras yang diamalkan.

Matawang Kanada susut didagangkan pada C$1.3308 setiap dolar AS. Pasaran Bon meningkat, mendorong hasil pada penanda aras hutang dua tahun turun kira-kira 5 mata asas kepada 3.802%.

Walaupun angka itu tidak mungkin menjejaskan pertaruhan pada kenaikan kadar selanjutnya dalam beberapa minggu akan datang, penurunan itu menunjukkan kenaikan kadar BoC telah menyejukkan ekonomi dan memperlahankan permintaan yang cukup untuk meredakan tekanan harga dengan cepat.

Pada awal bulan, Timbalan Gabenor Kanan Bank of Canada Carolyn Rogers berkata kos pinjaman perlu meningkat lagi. Beliau berkata bank pusat akan memberi perhatian khusus kepada indikasi inflasi teras.

Pasaran menetapkan jangkaan dalam kenaikan 50 mata asas pada keputusan Bank of Canada bulan depan, dan satu lagi kenaikan 25 mata asas pada bulan Disember.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat