Langkah Kanan! Pasaran Wall Street Bermula Baik Pada Tahun Baru 2022

108

Pasaran Wall Street memulakan langkah kanan memasuki 2022 dengan pasaran ekuiti Amerika Syarikat (AS) dan Eropah memacak selari dengan kenaikan harga minyak dan hasil perbendaharaan AS.

Indeks purata Dow Jones Industrial naik 246.76 mata tau 0.68% pada 36,585.06 sementara S&P 500 tambah 30.38 mata atau 0.64% pada 4,796.56 dan Nasdaq Composite pacu 187.83 mata atau 1.2% pada 15,832.80.

Tolok saham global MSCI di 50 negara mencanak buat 3 tahun berturut-turut dengan keuntungan 2 digit hasil lonjakan 28% pada indeks S&P pada tahun lepas.

Indeks STOXX 600 pan-Eropah naik 0.5% pada penutupan 489.99 mata dengan harapan pemulihan ekonomi walaupun terdapat peningkatan kes Covid-19.

Penanda aras hasil 10 tahun AS mencapai paras 6 minggu tertinggi pada 1.6384% apabila pelabur menjangkakan beberapa kali kenaikan kadar pada tahun ini bagi mengimbangi inflasi.

Harga minyak naik US$79 setong pada Isnin yang didorong oleh bekalan yang ketat dan harapan pemulihan permintaan pada 2022 walaupun OPEC+ kelihatan bersedia untuk meningkatkan pengeluaran.

Hari pertama sesi dagangan tahun baru menyaksikan dolar US naik berbanding sekumpulan mata wang lain yang selari dengan hasil bon kerajaan apabila pelabur menjangkakan Federal Reserve (Fed) akan menaikkan kadar pada 2022.

Dalam pada itu, harga emas jatuh lebih 1% apabila sentimen pasaran risk-on pada ekuiti memberi tekanan pada spot emas susut 1.5% pada US1,801 per auns dan niaga hadapan emas turun 1.57% pada US$1,799.40 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat