Langkah Rangsangan Besar-Besaran Masih Tidak Cukup Untuk Menyokong Ekonomi AS?

459

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Federal Reserve AS (Fed) telah menawarkan lebih $3 trilion dalam pinjaman dan pembelian aset untuk melindungi pasaran kewangan Amerika Syarikat daripada terkesan akibat wabak pandemik coronavirus.

Jabatan Perbendaharaan AS juga telah menyumbang kira-kira $ 50 bilion dari Dana Penstabilan Pertukaran. Ini membolehkan Fed untuk memberi lebih banyak pinjaman tanpa mengambil risiko tambahan.

Malah, keupayaan Perbendaharaan untuk menyokong ekonomi semakin meningkat, setelah memperoleh kira-kira $450 bilion daripada pakej rangsangan AS yang bernilai $2.2 trilion pada Jumaat lalu.

Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin memberitahu Fox News, bahawa beliau percaya dana tambahan tersebut dapat membantu Fed dan Perbendaharaan untuk menyediakan kemudahan pinjaman kira-kira $ 4 trilion.

Bagaimanapun menurut pelabur dan pakar ekonomi, rangsangan tambahan ini mungkin tidak mencukupi, dan Kongres berkemungkinan memerlukan bertrilion dolar lebih banyak sebelum Fed dan Perbendaharaan dapat mengenalpasti impak sebenar ke atas ekonomi AS.

Jika tidak, banyak syarikat dan kerajaan tempatan berdepan dengan risiko tidak dapat membayar balik pinjaman.

Sehubungan itu, penganalisis berpandangan bahawa kerajaan perlu memberi kira-kira $ 2 trilion kepada Perbendaharaan untuk membantu meningkatkan ekonomi. Wang yang diluluskan minggu lalu dikatakan mungkin hanya mencukupi untuk menyerap kerugian pinjaman hanya sebanyak $900 bilion.

The Fed setakat ini tetap dengan janjinya untuk memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat dengan penarafan gred pelaburan, dan pembelian aset berkualiti tinggi seperti sekuriti Perbendaharaan.

Matlamat Fed adalah untuk menggalakkan bank dan pelabur memberi pinjaman kepada pihak yang lemah atau berisiko, syarikat dan kerajaan tempatan, di mana mereka boleh mendapat pulangan lebih tinggi dengan memberikan akses kepada pembiayaan yang diperlukan untuk meneruskan operasi serta membayar kakitangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat