Langkah ‘Steady’ BOE Musnahkan Harapan Untuk Lonjakan GBP/USD

284

Pergerakan harga pada carta GBP/USD terus mengejutkan pelabur dengan membuat penurunan lebih 70 pips untuk sekali lagi mencatat paras terendah terbaharu sekitar 1.33170 pada sesi dagangan Rabu.

Namun demikian, penurunan harga itu sama sekali seperti membuat LL (lower low) untuk meneruskan trend bearish sejak penghujung Oktober serta telah menyangkal isyarat perubahan trend sebelum ini.

Isyarat bearish yang jelas turut diperlihatkan setelah pergerakan harga kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) dengan kejatuhan melebihi 500 pips dari paras tertinggi 1.38300.

Situasi Bank of England (BOE) yang dilihat tidak tergesa-gesa dalam mengetatkan dasar polisi telah menjadi punca mengapa pengukuhan matawang Pound tidak dapat diteruskan ketika ini.

Bertitik tolak juga bahawa pasca Brexit yang masih belum selesai turut mengakibatkan implikasi buruk kepada nilai Pound di samping peningkatan wabak Covid-19 yang berlaku di United Kingdom.

Berbeza dengan matawang USD pula, raja matawang itu terus melebarkan sayap penguasaan untuk kekal mengukuh setelah mendapat sokongan daripada kenyataan hawkish pada minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan awal pagi ini.

Sekiranya begitu, penurunan harga lebih rendah bakal menyaksikan harga menembusi zon sokongan 1.33000 untuk bayangan awal harga berupaya untuk kekal membuat penurunan sepanjang November.

Tekanan daripada pengukuhan USD berkebarangkalian akan mendorong pergerakan harga mencecah ke zon sokongan yang seterusnya pada 1.32000 dan sekali gus bakal mencatat rekod terendah baharu lagi untuk tahun ini.

Namun pelabur juga bakal mengalihkan perhatian kepada zon SBR (support become resistance) pada 1.34000 serta paras rintangan MA50 sekiranya kenaikan harga kembali berlaku untuk menilai isyarat perubahan trend bullish yang lebih ketara.

Ini turut menggambarkan bahawa harga berkemungkinan bakal mampu untuk sekali lagi membuat percubaan dalam menguji zon SBR 1.35000 yang mana pada minggu lalu menjadi rintangan buat kenaikan harga dan masih gagal untuk ditembusi.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat