Lanjutan Moratorium Untuk Individu & Perniagaan Terjejas

3,094

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengulangi bahawa semua peminjam yang pendapatannya berkurangan, termasuk gaji, elaun, komisen dan pendapatan isi rumah adalah layak untuk mendapatkan pengurangan ansuran bulanan berdasarkan pendapatan yang terjejas.

BNM, dalam beberapa ciapan di Twitter menerusi akaun @BNM_official, menjelaskan, bagi bantuan bayaran balik pinjaman yang baru diumumkan, golongan B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup/Bantuan Prihatin Rakyat (BSH/BPR) boleh memilih moratorium selama tiga bulan atau ansuran bulanan dikurangkan 50% selama enam bulan.

“Peminjam individu yang hilang pekerjaan juga boleh memilih moratorium selama tiga bulan atau ansuran bulanan dikurangkan 50% selama enam bulan,” menurutnya seperti dilaporkan oleh Bernama.

Bank pusat juga menambah perusahaan mikro dengan kemudahan yang diluluskan sehingga RM150,000 serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh memilih moratorium selama tiga bulan atau ansuran bulanan dikurangkan 50% selama enam bulan.

BNM meminta para peminjam menghubungi bank masing-masing untuk membuat pilihan tersebut.

Orang ramai digalakkan untuk melayari pautan https://bnm.gov.my/RA untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai bantuan bayaran balik pinjaman,

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat