Lanjutan PKP: Wajarkah Premis Gunting Rambut Dibenarkan Beroperasi Semula?

369

Malaysia kini telah memasuki fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setelah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu dimana telah dilanjutkan tempoh sehingga 28 April 2020.

Susulan daripada pengumuman tersebut, beberapa sektor penting akan dibenarkan untuk mula beroperasi.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengeluarkan senarai premis yang dibenarkan untuk beroperasi semula termasuk pusat jagaan rambut dan pusat penjagaan mata. Perkara ini telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan masyarakat terutama pengoperasian kedai gunting rambut.

Masyarakat berbelah bahagi dengan berita tersebut dan mengaitkan dengan berita kematian tukang gunting rambut di Mississippi, Eugene Johnson yang terkena jangkitan wabak coronavirus dari pelanggan yang tidak dapat dikenalpasti. Ramai yang berpendapat langkah pengoperasian semula kedai gunting rambut bakal mencetuskan kluster terbaru penyebaran wabak Covid-19.

Rentetan daripada itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa kedai gunting rambut hanya dibenarkan beroperasi di zon hijau sahaja dan premis perlu mendapat kelulusan dari MITI terlebih dahulu sama ada boleh beroperasi atau tidak.

Doktor Pakar Pekerjaan dan Perubatan Kesihatan Am, Dr Hanafiah Bashirun memberi pandangan bahawa keputusan tersebut akan menjadi alasan untuk lebih ramai rakyat Malaysia untuk keluar rumah. Menurutnya, penduduk di zon jingga berkemungkinan melalui zon kuning untuk menuju ke kedai yang berada di zon hijau. Transmisi jangkitan itu boleh dibawa ke zon hijau yang tiada kes wabak sebelum ini.

Malah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han turut meluahkan bahawa tiada keperluan mendesak dalam pengoperasian semula kedai gunting rambut.

Malah Persatuan Pendandan Rambut Malaysia (MHA) dan tinjauan ke atas beberapa pemilik kedai rambut turut meyatakan bahawa keputusan tersebut perlu dipertimbangkan semula dan isu kerugian perniagaan bukan menjadi keutamaan.

Melalui jarak yang kurang dari satu meter antara tukang gunting rambut dan pelanggan akan menyukarkan rantaian wabak Covid19 diputuskan. Sepanjang tempoh fasa ketiga ini juga sebenarnya tindakan harus diperketatkan supaya wabak tidak kembali berleluasa.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat