Laporan CPI Buatkan Pelabur Berhati-hati – Apakah Yang Sedang Berlaku Pada Pasaran Kripto?

411

Bitcoin sekali lagi melalui hari yang ibarat ‘rollercoaseter’ dengan turun naik harga dagangan. Harga Bitcoin mula bangkit dari paras terendah $18,000 sehingga paras $20,000.

Kebanyakan altcoin berada dalam pengukuhan pada skala harian dengan pelbagai keuntungan yang dicatatkan terutama daripada Ripple, MATIC dan UNI. Mata wang kripto utama sebelum ini didagangkan stabil antara paras $19,000 dan $20,000. Walaubagaimanapun, laporan CPI bulan September yang dikeluarkan semalam telah meruntuhlkan harapan pasaran kripto untuk seketika dengan harga BTC jatuh ke paras terendah $18,000.

Dengan kata lain, BTC sememangnya bertindak balas dengan pergerakan harga barangan yang kekal tinggi. Dalam beberapa minit, mata wang kripto jatuh di bawah $18,200 untuk menandakan paras terendah tempatan baharu.

Hanya selepas beberapa jam selepas itu BTC kembali bangkit dan melonjak hampir $2,000, sehingga mencecah $20,000 buat kali pertama dalam lebih seminggu. Namun begitu, perkara tersebut tidak kekal lama dan buat masa ini harga BTC didagangkan pada $19,762.73.

Altcoin pula mengalami turun naik yang sama semalam, tetapi kebanyakannya kini berada dalam keadaan hijau pada skala harian.

Ethereum telah menurun kepada paras di bawah $1,200 berikutan pengumuman CPI, tetapi mula melakukan peningkatan sebanyak 3.5%, sehingga telah menolak ETH kembali melebihi $1,300.

Binance Coin, Tron, dan Dogecoin telah meningkat sehingga 5% dalam sehari. Lebih banyak keuntungan datang daripada Ripple (9%), Solana (5.5%), Polkadot (5.3%), Shiba Inu (7.3%), Avalanche (6.7%) dan MATIC (10%).

Paras pasaran terkumpul semua aset kripto merosot di bawah $900 bilion buat seketika semalam. Walau bagaimanapun, metrik telah melantun semula dan kini mencecah $935 bilion.

Pasaran masih mengambil sikap berhati-hati kerana ini sudah berkali-kali paras sokongan BTC bocor. Pasaran khuatir bahawa ia adalah fake breakout untuk pengambilan keuntungan. Walaubagaimanapun, itu hanyalah salah satu yang menjadi timbangan buat segelintir pemain pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat