Laporan Ekonomi UK yang Tidak Memberansangkan Punca Pound Dicatat Lemah

76

Pound melemah berbanding Dollar Amerika Syarikat selepas laporan ekonomi UK yang tidak memeberansangkan. Isu ini dilihat sebagai amat membimbangkan buat UK selepas meninggalkan Kesatuan Eropah.

GBP/USD direkodkan pada 1.3173 semasa dagangan awl pagi sesi Eropah. Pair itu kemudiannya jatuh sebanyak 0.42%.

GBP/USD, 15 minit
GBP/USD, 15 minit

Kumpulan penyelidik Markit berkata Manufaturing Purchasing Managers’ Index (PMI) UK melemah pada bulan Julai berbanding Jun. Sebilangan pakar ekonomi menjangkakan indeks akan jatuh kepada 47.8 pada bulan ini.

Sementara itu, perkhidmatan PMI UK merosot kepada 47.7 pada bulan Julai berbanding bulan Jun serta mencatat penurunan kepada 48.9.

Data yang menambah kebimbangan UK dan menambah kelembapan pertumbuhan UK termasuklah sentimen pelabur yang terus memandang negatif terhadap keputusan Brexit.

Namun, dollar terus disokong kuat setelah data yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat dinilai secara positif.

Sterling juga direkod lemah berbanding Euro, dengan nilai EUR/GBP meningkat 0.42%.

Terdahulu, Markit berkata, Flash Euro Zone Composite PMI yang mengukur pengeluaran kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan menurun dari bulan Jun ke bulan Julai.

Pada sidang akhbar bulanan, Presiden ECB, Mario Draghi berkata, pasaran-pasaran Eropah mengalami volatility yang tinggi selepas Brexit. Namun, beliau menunjukkan kesediaannya untuk bertindak dengan menggunakan semua instrumen yang boleh didapati di bawah mandatnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat