Laporan Ini Menunjukkan Bahawa Pekerja di Malaysia Amat Mengharapkan Gaji Yang Lebih Tinggi!

106

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Randstad Pty Ltd, kebanyakan responden dari Malaysia, Singapura dan Hong Kong mengharapkan bonus akhir tahun dan kenaikan gaji, melebihi purata global.

Walaupun begitu, Malaysia mengatasi Singapura dan Hong Kong, dengan 77 peratus daripada responden di sana menjangkakan bonus daripada majikan masing-masing.

Jumlah jangkaan ini dikatakan agak tinggi berbanding jumlah peratusan purata global yang hanya mencatatkan 49 peratus individu yang mengharapkan bonus akhir tahun serta 53 peratus lagi menjangkakan kenaikan gaji untuk tahun 2017.

Hal ini jelas membuktikan bahawa ekonomi global yang perlahan, disamping penstrukturan semula industri tidak menjejaskan jangkaan pekerja di ketiga-tiga buah negara ini.

Laporan ini dikeluarkan oleh Randstad, iaitu syarikat pengurusan sumber manusia yang beroperasi di Asia Pasifik termasuk Singapura, Hong Kong, China, Australia dan New Zealand.

Berikut merupakan data yang telah dikumpulkan oleh Randstad :

Sumber : The Edge Market

 

Pasaran Minyak Mentah Kembali Bergerak di dalam Landasan Yang Betul

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat