Laporan Kenyataan Polisi Monetari RBA – Pendirian Bank Pusat Kekal Dovish

297

Laporan kenyataan polisi monetari untuk mesyuarat bank pusat Australia diberi tumpuan pada sesi Asia hari ini dengan fokus turut terarah pada ucapan Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA), Philip Lowe.

Pendirian bank pusat masih kekal dovish dengan bank pusat menyatakan adalah munasabah untuk menjangkakan lanjutan tempoh waktu bagi kadar faedah kekal berada pada tahap yang rendah.

Gabenor Philip Lowe menyatakan bahawa bank pusat tidak bercadang untuk mempertimbangkan kenaikan pada kadar faedah sehingga kadar inflasi dan kadar pekerjaan mencapai paras sasaran.

Masih terlalu awal untuk melihat kesan daripada penurunan agresif kadar oleh bank pusat. Adalah tidak mustahil untuk menjangkakan kadar faedah untuk mencecah ke paras sifar jika diperlukan.

RBA mengatakan penurunan sehingga 50 mata asas oleh bank pusat New Zealand tidak memberi implikasi terhadap mereka. Namun, jika bank-bank pusat global bertindak merendahkan kadar ke paras sifar, RBA akan turut mengikuti jejak langkah tersebut.

Kadar faedah perlu menghampiri paras sifar dahulu sebelum bank pusat membuat keputusan untuk mempertimbangkan tindakan pelonggaran kuantitatif untuk polisi monetari.

Bank pusat telah menaikkan unjuran kadar pengangguran kepada 5.25% untuk Disember 2019 dan juga Disember 2020, dan melihat kadar 5% untuk Disember 2021.

Gabenor Lowe menyatakan penurunan pada nilai Aussie akan kembali membantu ekonomi di Australia. Pasaran buruh dan pasaran perumahan akan terus dipantau lebih teliti oleh bank pusat selepas ini.

Pergerakan harga pada dagangan dolar AUD tidak menunjukkan reaksi yang ketara susulan laporan kenyataan polisi oleh bank pusat dikeluarkan.

Risiko buat matawang Australia itu juga dilihat masih terarah pada ketegangan perang dagang AS-China yang berlarutan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat