Laporan- Keyakinan Pengguna U.S Jatuh Melebihi Yang Dijangka

50

Indeks keyakinan pengguna U.S atau (consumer confidence) jatuh melebihi apa yang dijangka pada September ini berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada jam 10.00 malam.

Berdasarkan laporan, Indeks keyakinan pengguna jatuh kepada 119.8 pada tempoh sama berbanding Ogos lepas pada bacaan 120.4 .

Para penganalisis menjangkakan kejatuhan pada kadar 120.0 pada September, namun tersasar sebanyak 0.02.

Present Situation Index jatuh dari 148.4 kepada 146.1, manakala Expectation Index menunjukkan peningkatan sedikit dari 101.7 bulan lepas kepada 102.2.

Lynn Franco, pengerusi Indikator Ekonomi The Conference Board, memberi komentar bahawa keyakinan pengguna sedikit jatuh disebabkan beberapa pembaikan yang dilakukan dalam bulan Ogos.

Franco juga menambah, bahawa badai Harvey dan Irma yang menimpa U.S sedikit sebanyak memberi kesan terhadap keyakinan pengguna Texas dan Florida.

Namun, walaupun keyakinan pengguna sedikit jatuh, keadaan semasa penilaian pengguna masih positif dan menunjukkan tanda bahawa ekonomi akan terus berkembang dalam jangka pendek.

Consumer Confidence Index adalah kaji selidiki yang dikendalikan oleh Conference Board oleh Nielsen yang merupakan badan yang mengeluarkan informasi dan analisis tentang apa yang dibeli dan apa yang menjadi perhatian pengguna.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat