[Laporan Korporat] Saham Apple Terus Jadi Pilihan Untuk Catat Lonjakan 15% Pada Julai

129

‘Utuh lagi status syarikat iPhone di sebalik keadaan ekonomi yang kelam rupanya.’

Di sebalik peningkatan kadar inflasi yang diburukkan dengan penurunan permintaan pengguna serta faktor pengukuhan dolar dan sekatan di China, saham Apple Inc meningkat 15% pada bulan Julai unuk mencatat keuntungan bulanan terbesarnya.

Ia juga dilihat mengatasi saham-saham pesaingnya seperti Microsoft Corp, Alphabet Inc dan Amazon.com Inc untuk menjadi peneraju dalam indeks S&P 500 serta Nasdaq 100.

Rentetan itu, penganalisis Gene Munster percaya saham Apple akan terus menjadi pilihan pelabur di sebalik kemungkinan kemelesetan yang mendatang.

Asas tersebut telah dibuat berdasarkan laporan pertumbuhan positif daripada Microsoft dan Alphabet Google yang  dijangka meningkatkan peluang bagi Apple.

Melihat laporan korporat syarikat, jualan bersuku mencatat $83.0 bilion berbanding jangkaan $82.8 bilion dan keuntungannya pula melonjak $1.20 sesaham daripada unjuran $1.16 sesaham.

Penyumbang terbesar tentunya penjualan produk telefon pintar bagi suku ke-3 (Q3) fiskal yang meningkat 3% pada $40.7 bilion di sebalik unjuran lemah Wall Street.

Selain itu, penjualan iPad dan Mac meningkat 7.2 bilion dan 7.4 bilion berbanding ramalan $6.9 bilion dan $8.7 bilion.

Atas pencapaian tersebut, pihak Apple dilihat dengan berani meletakkan unjuran suku terkini dalam penjualannya sebanyak 6%.

Dalam pada itu, Apple menggariskan bahawa penjualan di pasaran China jatuh 1% ekoran sekatan perjalanan selain jualan Q3 di sana turun $14.6 bilion.

Di sisi berbeza, Apple juga seperti syarikat-syarikat teknologi lain dilihat memetik tekanan inflasi dan kemungkinan kemelesetan dalam keputusan laporannya.

Syarikat tidak menolak kemungkinan untuk mengurangkan pengambilan pekerjanya pada tahun mendatang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat