Laporan Minit Mesyuarat Beri Tindak Balas Berbeza

234

Situasi ekonomi di Amerika Syarikat dilihat bercampur-baur dimana pasaran Wall Street menunjukkan kenaikan manakala pasaran bon menunjukkan penurunan dari segi peratusan hasil. Hal ini mungkin terjadi kerana pelabur memberi tindak balas terhadap laporan minit mesyuarat Rizab Persekutuan yang dikeluarkan semalam.

Indeks Dow Jones kembali mengukuhkan prestasi apabila menokok 240.29 mata kepada 26,202.73 mata, S&P 500 naik 23.92 mata kepada 2,924.43 mata manakala Nasdaq meningkat 71.65 mata kepada 8,020.21 mata.

Bagi pasaran bon, masing-masing menunjukkan penurunan apabila 10-tahun bon Perbendaharaan jatuh 0.53% kepada 1.583% dan 2-tahun bon Perbendaharaan turun 0.79% kepada 1.565%. Penurunan yang berlaku dilihat bakal mengulangi kemelesetan ekonomi yang pernah terjadi sebelum ini.

Presiden AS Donald Trump sekali lagi mengecam Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell. Dalam satu tulisan di media sosial, Trump berkata masalah yang dihadapi oleh AS hanyalah dari pihak Powell dan juga Rizab Persekutuan. Tambahnya lagi, AS pasti boleh mengalami pertumbuhan yang pesat jika Powell membuat keputusan yang tepat.

Sentimen pelabur nampaknya bertambah baik berikutan harapan akan berlakunya lebih banyak pelonggaran monetari dari pihak Rizab Persekutuan dan bank pusat seluruh dunia pada masa hadapan.

Salah satu pelaburan selamat, emas mengalami susut nilai 0.3% pada harga $1,500. Minyak pula didagangkan pada nilai $55.68 setong, rendah 0.8% daripada harga sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat