Laporan News dan Event Besar Yang Menggerakkan Pasaran Pada Minggu Lalu (16-20 April)

518

Matawang US dollar adalah matawang terkuat pada minggu lalu dengan matawang Amerika Syarikat ini menguat berbanding matawang utama dunia yang lain. Indeks US dollar merekodkan kenaikan pada minggu lalu selepas jatuh pada minggu sebelum itu.

Pada mulanya US dollar bermula lemah, tetapi selepas itu beransur pulih dan menguat berikutan kebimbangan yang pulih terhadap tindakan dan komen-komen Trump.

Secara khususnya kebimbangan terhadap serangan peluru berpandu oleh Amerika Syarikat ke Syria semakin pulih pada Selasa dengan matawang greenback memulakan kenaikan pada hari tersebut. Pengukuhan US dollar ketika itu banyak disokong oleh kelemahan Euro dan Pound.

US dollar semakin mengukuhkan kedudukannya pada sesi New York pada Selasa di mana kenaikan matawang greenback banyak disokong oleh komen-komen hawkish ahli The Fed.

US dollar meneruskan kenaikan sehingga Rabu dengan tiada bukti-bukti jelas yang menyokong kenaikan. Dengan tidak banyak berita politik mengganggu pasaran dan prestasi GBP dan Euro yang kurang memberangsangkan, telah banyak menyokong kenaikan US dollar.

Data-data ekonomi sepanjang minggu lalu juga dilihat agak memberangsangkan dengan data-data ‘medium-impact’ merekodkan bacaan positif.

Akhir sekali, greenback juga mendapat banyak sokongan daripada kenaikan Hasil-Bon 10-tahun AS (US10-yr yield) yang mana membuat kenaikan sejak Selasa sehingga Jumaat. Hasil bon kini berada di sekitar 2.98% hampir mencapai 3%.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu lalu kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu lalu dan minggu sebelum itu untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

9 – 13 April 16 – 20 April
Eur/Usd– Naik 136 pip Eur/Usd – Jatuh 163 pip
Usd/Jpy – Naik 117 pip Usd/Jpy – Naik 98 pip
Gbp/Usd– Naik 223 pip Gbp/Usd – Jatuh 379 pip
Usd/Chf– Naik 112 pip Usd/Chf – Naik 182 pip
Usd/Cad– Jatuh 275 pip Usd/Cad – Naik 239 pip
Aud/Usd– Naik 157 pip Aud/Usd – Jatuh 157 pip
Nzd/Usd– Naik 133 pip Nzd/Usd – Jatuh 171 pip

Jom kita lihat ulasan event dan data penting pada minggu lalu:

  • Data jualan runcit AS (Isnin)

Data jualan runcit (retail sales) merekodkan bacaan positif dengan kenaikan 0.6% berbanding jangkaan 0.4%. Data teras (Core retail sales) pula menepati jangkaan pasaran dengan kenaikan 0.2%.

  • Data pengeluaran industri China (Selasa)

Pengeluaran industri di China merosot dengan hanya merekodkan kenaikan 6.0% berbanding jangkaan 6.4% dan bacaan sebelum ini 7.2%.

  • Data pekerjaan UK (Selasa)

Gaji dalam tempoh 3 bulan sehingga Februari hanya meningkat 2.80% tidak berubah daripada bacaan sebelum ini. Namun, bacaan terkini kurang daripada jangkaan pasaran 3.00%. Reaksi awal kepada pasaran forex adalah kejatuhan matawang GBP selepas data ini dikeluarkan.

  • Indeks ZEW sentimen ekonomi Jerman (Selasa)

Sekali lagi petunjuk ZEW sentimen ekonomi Jerman mengalami kejatuhan mendadak pada April 2018 dengan jatuh ke paras -8.2 mata berbanding bulan Mac yang meningkat 5.1 mata. Jangkaan pasaran untuk data kali ini adalah sentimen jatuh sebanyak -0.8.

  • Data inflasi UK (Rabu)

Bacaan tumpuan pasaran iaitu harga pengguna (CPI) jatuh kepada 2.5% yang meleset daripada jangkaan 2.7%. Manakala bacaan teras harga pengguna (Core-CPI) yang tidak mengambil kira produk seperti makanan, tenaga, alkohol dan tembakau meningkat 2.3% bulan lalu berbanding jangkaan 2.5%. Bacaan-bacaan inflasi yang lain turut meleset daripada jangkaan. Indeks harga runcit (RPI) juga hanya meningkat 3.3% secara tahunan pada Mac berbanding jangkaan 3.5%.

  • Data inflasi Zon-Eropah (Rabu)

Bacaan tumpuan pasaran iaitu harga pengguna (CPI) jatuh kepada 1.3% berbanding jangkaan 1.4%. Bacaan kali ini semakin mengurangkan potensi pengetatan polisi monetari ECB dengan minit mesyuarat sebelum ini menunjukkan komen yang dovish.

  • Penetapan polisi monetari Kanada (Rabu)

Bank of Canada (BoC) seperti dijangka mengekalkan kadar faedahnya di paras 1.25% pada 18 April. Bank pusat juga mengatakan inflasi kekal hampir dengan 2% dengan faktor sementara telah hilang.

Bank pusat mengakui bahawa pertumbuhan ekonomi Kanada pada suku pertama lebih rendah berbanding jangkaan, tetapi menjangka ia akan meningkat semula pada suku kedua.

Bank pusat masih lagi menegaskan bahawa mereka akan terus berhati-hati dengan kenaikan kadar faedah di masa hadapan. Hal ini lah yang menyebabkan kejatuhan CAD selepas polisi diumumkan.

Akhir sekali BoC mengatakan kadar faedah lebih tinggi adalah perlu dari masa ke semasa, walaupun polisi monetari yang akomodatif (menyokong) masih diperlukan bagi mengekalkan inflasi di sekitar sasaran.

Secara keseluruhan, tidak banyak kenyataan yang lebih hawkish oleh BoC dalam kenyataan awal. Oleh itu, CAD terus jatuh disebabkan jangkaan pasaran yang meleset kerana pasaran mengharapkan kenyataan yang lebih optimistik dalam mesyuarat kali ini.

  • Data inflasi CPI Kanada (Jumaat)

Data-data ekonomi yang dikeluarkan oleh Kanada jelas mengecewakan dengan bacaan inflasi, CPI meleset daripada jangkaan pasaran dan jatuh daripada bacaan sebelum ini. CPI hanya meningkat 0.3% pada bulan lalu berbanding jangkaan kenaikan 0.4% dan bacaan sebelum yang meningkat 0.6%.

Dalam data lain, bacaan jualan runcit teras (Core retail-sales) tidak berubah pada bulan lalu berbanding jangkaan kenaikan 0.4%. Bacaan kali ini juga dilihat jatuh mendadak daripada kenaikan sebelum ini sebanyak 1.0%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat