Laporan NFP ‘Sendu’ Gagal Rancakkan Pergerakan EUR/USD

312

Penerbitan data laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) nampaknya meleset daripada jangkaan untuk bulan September dan telah mendorong matawang USD untuk terus didagangkan lemah pada minggu lalu.

Dalam pada itu, hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang telah memaparkan peningkatan mencapai paras 1.61% serba sedikit telah menyokong semula pengukuhan USD selepas penerbitan data NFP.

Meskipun laporan NFP diterbitkan dengan bacaan bercampur-bercampur, para pelabur kekal yakin bahawa Federal Reserve (Fed) bakal meneruskan langkah pengetatan dasar polisi (tapering) seawal November.

Memerhati kepada carta harga pasangan matawang EUR/USD, tampaknya pergerakan harga kembali mempamerkan lonjakan melebihi 40 pips susulan angka pertambahan pekerjaan yang diterbitkan lemah pada Jumaat.

Peningkatan harga yang dipersembahkan juga hanya mampu kembali menguji paras terendah yang dicatatkan pada sebelum ini sekitar 1.15700 sebelum bergerak mendatar pada penghujung sesi New York (Jumaat).

Memasuki ke pembukaan pasaran minggu ini (Isnin), harga dilihat sedikit meningkat sebelum menyambung semula rentak perlahan bagi menantikan faktor suntikan untuk merancakkan pergerakan harga yang dilihat akan terarah kepada data inflasi AS.

Sekiranya harga pada carta EUR/USD berjaya menembusi paras tumpuan 1.15700 yang dicapai pada sebelum ini, berkemungkinan akan kembali menguji zon SBR (support become resistance) 1.16000.

Jika pada kali ini pergerakan harga berupaya melepasi zon SBR yang paling kukuh untuk dilepasi itu, harga dijangka akan meneruskan trend kenaikan yang lebih tinggi untuk mencuba zon SBR 1.17000 pula.

Namun andai kata USD kembali mempamerkan pengukuhan yang lebih ketara, harga dijangka bakal menyusut semula ke paras terendah 2021 sekitar 1.15300 sebelum menguji zon sokongan 1.15000.

Penurunan yang mencapai zon sokongan tersebut bakal mencatatkan paras terendah terbaharu bagi 2021 dan akan memberi bayangan untuk harga EUR/USD mengekalkan corak downtrend.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat