Laporan Pekerjaan Australia Kelirukan Pelabur, Apa Nasib AUD?

174

Tumpuan sesi Asia menyaksikan pengeluaran data pekerjaan Australia yang menunjukkan bacaan bercampur-campur pada bulan April, di mana berlaku kehilangan besar dalam perubahan pekerjaan dan kadar pengangguran pula menurun.

Majikan di Australia tanpa dijangka telah mengurangkan lebih banyak pekerjaan pada bulan lalu selepas bantuan subsidi upah oleh kerajaan yang juga dikenali sebagai JobKeeper tamat pada akhir Mac.

Pekerjaan merosot sebanyak 30,600 pekerjaan, daripada pertambahan 77,000 yang dicatatkan pada bulan sebelumnya dan juga tersasar dari jangkaan untuk meningkat sebanyak 17,500.

Sementara kadar pengangguran pula menunjukkan penurunan dari 5.7% kepada 5.5% dan lebih baik dari jangkaan untuk turun pada 5.6%, ketika semakin sedikit orang mencari pekerjaan.

Bacaan terbaru ini juga merupakan rekod paling rendah sejak Mac 2020, ketika ekonomi pulih lebih jauh dari krisis Covid-19 yang melanda.

Dolar Aussie diniagakan sedikit meningkat pada sesi Asia susulan penerbitan tersebut, namun pergerakan yang dipamerkan terbatas disebabkan bacaan yang bercampur-campur dan kebangkitan semula US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat