Laporan Pekerjaan Kanada Dan NFP Bakal Gegarkan Carta USD/CAD

396

Mesyuarat negara-negara pengeksport petroleum (OPEC) yang bermula semalam dilaporkan belum mendapatkan keputusan yang jelas bagi tindakan pengurangan pengeluaran minyak mentah yang bertujuan untuk mengawal kestabilan pasaran minyak yang terkesan oleh penularan wabak Coronavirus.

OPEC pada Khamis menyatakan cadangan untuk pemotongan pengeluaran yang lebih besar berbanding jangkaan dengan pengurangan tambahan 1.5 juta tong sehari sehingga penghujung 2020 nyata memberikan kejutan.

Sebelum ini organisasi tersebut dijangka akan melaksanakan pemotongan pengurangan sekitar 1 juta tong sehari. Namun, pertemuan menteri-menteri OPEC di hotel Vienna mengumumkan cadangan pemotongan besar-besaran seperti yang dilakukan pada krisis kewangan 2008 dahulu.

Namun, Rusia dan Kazakhstan sebagai anggota OPEC+ belum memberi persetujuan terhadap cadangan tersebut, menimbulkan kegoyahan terhadap rundingan tersebut.

Meneliti dagangan pada carta pasangan matawang USD/CAD, pergerakan harga pada Khamis dilihat membuat kenaikan beberapa kali namun gagal melepasi paras resistance harga pada 1.34300 iaitu paras ketinggian pada lonjakan hari sebelumnya ketika bank pusat Kanada mengumumkan pemotongan kadar faedah sehingga 50 mata asas.

Dagangan pada sesi Asia hari ini menunjukkan sedikit penurunan berikutan harapan untuk rundingan OPEC mencapai keputusan yang positif.

Harga bergerak di sekitar 1.34000 di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta USD/CAD.

Tumpuan bakal terarah pada laporan pekerjaan Kanada dan juga laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada malam ini yang bakal menggerakkan kedua-dua matawang US dolar dan dolar Kanada.

Jika penurunan harga berlaku, paras 1.33300 di zon RBS (resistance become support) dilihat akan menjadi tumpuan harga sebelum penurunan yang diteruskan menuju paras penting 1.33000.

Namun jika harga menunjukkan kenaikan, paras ketinggian harga semalam bakal diatasi sebelum menuju zon resistance pada ketinggian 1.34600.

Kenaikan lebih tinggi akan mencatatkan paras ketinggian terbaru harga sejak dagangan pada Jun 2019.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat