Laporan Pekerjaan NFP Malam Ini Bakal Memberi Isyarat Kepada FOMC Akan Datang

2,036

Yen meneruskan kelemahannya pada hari Jumaat selepas lonjakan besar-besaran pada baru-baru ini berikutan terdapat harapan terbaru terhadap perbincangan perdagangan antara AS-China. Pada mulanya, dagangan semalam menyaksikan Yen merupakan matawang yang paling kukuh kerana sentimen pasaran diburukkan oleh fenomena ‘flash crash’ dalam pasaran rendah kecairan.

Namun pada hari ini, sentimen pasaran kembali pulih selepas China mengesahkan bahawa perbincangan perdagangan dengan Amerika Syarikat dijadualkan akan berlangsung pada minggu hadapan sekaligus meredakan ketegangan sebelum ini. Bukan itu sahaja, data perkhidmatan PMI China turut merekodkan bacaan yang positif pada sesi Asia.

Dalam perkembangan data ekonomi sesi Eropah pula, sektor perkhidmatan Britain melonjak melebihi jangkaan untuk bulan Disember, menurut laporan Markit. Angka yang dicatatkan melonjak kepada 51.2 berbanding 50.4 pada November dan lebih tinggi daripada ramalan pasaran. Antara komponen dalam data ini yang menyebabkan GBP mengukuh adalah peningkatan dalam aktiviti perniagaan dan pekerjaan baru.

Manakala data yang turut menjadi tumpuan hari ini adalah indeks harga pengguna zon Eropah untuk bulan Disember merosot kepada 1.6% daripada 2.0% sebelum ini serta dibawah unjuran pasaran 1.8%. Antara faktor yang mempengaruhi kemerosotan data ini adalah penyusutan harga komoditi yang terjejas ekoran kelembapan pada ekonomi global.

Menjelang sesi New York malam ini, tumpuan pelabur terarah kepada data pekerjaan di Amerika Syarikat dan Kanada. Data di Amerika Syarikat malam ini bakal memberi petunjuk kepada Federal Reserve untuk membuat keputusan dalam mesyuarat FOMC yang akan datang. Manakala di Kanada pula, pasaran menjangkakan laporan pekerjaan mencatatkan pertambahan angka yang lemah kerana komponen pekerjaan dalam tinjauan IVEY PMI menurun.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat