Laporan Pendapatan Suram, Microsoft Beri Amaran Berdarah!

135

Microsoft Corp memberi amaran tentang jangkaan lebih suram akan datang susulan laporan pendapatannya yang kurang memberangsangkan pada suku kedua fiskal 2022.

Ketua pegawai kewangan Microsoft, Amy Hood menjangkakan trend perniagaan yang perlahan pada Disember akan berterusan sehingga suku semasa.

Ini susulan pertumbuhan kurang baik langganan perisian produktiviti Microsoft 365, perkhidmatan identiti dan keselamatan serta produk Windows berorientasikan perniagaan.

Pertumbuhan dalam penggunaan perkhidmatan pengkomputeran cloud syarikat, Azure juga perlahan, tambahnya lagi.

Syarikat gergasi teknologi itu melaporkan pendapatan suku kedua fiskal meningkat 2% kepada $52.7 bilion dalam tempoh tiga bulan berakhir 31 Disember, berbanding anggaran purata penganalisis sebanyak $52.94 bilion.

Pendapatan bersih pula menurun 12% kepada $16.4 bilion, tetapi pendapatan yang diselaraskan sebanyak $2.32 sesaham mengatasi anggaran Wall Street sebanyak $2.29, menurut Refinitiv.

Dalam pada itu, jualan di segmen komputer peribadi Microsoft, termasuk Windows, peranti dan hasil carian, merosot 19% kepada $14.2 bilion apabila pasaran PC terus mengecil.

Syarikat itu menjangkakan pendapatan akan turun kepada $11.9 bilion kepada $12.3 bilion pada suku ketiga fiskal semasa.

Saham Microsoft ditutup 1% lebih rendah pada sesi New York (Selasa), dengan diperdagangkan pada $239.58 susulan laporan tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat