Laporan Terkini Mesyuarat FOMC: Kadar Faedah Tidak Berubah, Inflasi Dijangka Naik

48

Berdasarkan laporan mesyuarat pada awal pagi hari ini, Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah pada bulan November dan menjangkakan pasaran buruh semakin mengukuh.

Pembuat dasar Federal Open Market Committee (FOMC) bersetuju untuk mengekalkan kadar faedah pada paras 1%-1.25%. The Fed juga memberikan tanda bahawa kadar faedah akan dinaikkan secara bertahap pada masa akan datang tanpa menyatakan bilakah kadar faedah akan dinaikan. Bagi Yellen dan beberapa pembuat dasar, kenaikan secara beransur-ansur akan mengukuhkan lagi ekonomi secara keseluruhan.

Menurut Bank Pusat U.S, inflasi jangkaan sedikit berubah berikutan badai yang menimpa pada bulan September dan kenaikan harga minyak telah menolak naik beberapa harga barangan. Namun, inflasi selain makanan dan tenaga masih lagi lemah. Perbelanjaan pengunaan peribadi (PCE) , indeks harga tidak termasuk makanan dan tenaga hanya mencatat peningkatan 1.3% setahun pada bulan September.

Namun berikutan badai Harvey dan Irma yang menimpa negara itu, terdapat indikasi bahawa pasaran buruh dan aktiviti ekonomi semakin mengukuh. Beberapa ahli The Fed menjangkakan inflasi akan meningkat dan mencapai sasaran dalam jangka masa sederhana, dalam masa yang sama juga menekankan bahawa kadar pengangguran telah semakin berkurangan.

The Fed menyatakan bahawa pengucupan pembelian hasil aset kewangan sebanyak $4.2 trillion akan diteruskan.

Para pelabur memberi tumpuan kepada calon pengganti pengerusi The Fed. Presiden Donald Trump dijangka akan mengumumkan calon pilihan beliau pada hari ini. Jangkaan pasaran bahawa Gabenor Jerome Powell dilihat sebagai calon utama kerana kecondongan Trump kepada beliau.

Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain menyusut sebanyak 0.34% kepada 94.37 setakat jam 10.00 pagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat