Laporan Tuntutan Pengangguran A.S Menggusarkan Pasaran, Apa Yang Terjadi?

551

Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan baru untuk faedah pengangguran secara tidak dijangka meningkat pada minggu lalu walaupun pasaran buruh mencatat pemulihan yang didorong oleh aktiviti ekonomi yang rancak dan peningkatan vaksinasi.Hal ini juga membawa indikasi bahawa pertumbuhan dalam sektor buruh yang pantas pada separuh tahun pertama 2021 berkemungkinan bakal berhadapan dengan rintangan pada bulan-bulan mendatang, lapor Jabatan Tenaga Kerja pada hari Khamis.

Tuntutan awal untuk faedah pengangguran adalah sebanyak 373,000 untuk minggu yang berakhir pada 3 Julai, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja pada hari Khamis.

Bacaan ini meningkat berbanding minggu sebelumnya yang mencatat jumlah tuntutan hanya 371,000 setelah disemak semula dan bacaan minggu lepas juga tersasar dari tinjauan para pelabur yang mensasarkan jumlah tuntutan hanya 350,000.

Peningkatan tuntutan pengangguran ini adalah suatu yang mengejutkan kerana data lepas mununjukkan terdapat peningkatan ketara dalam pekerjaan. Setahun yang lalu, negara telah mencatat hampir 1.5 juta tuntutan baru seminggu berikutan penutupan sektor ekonomi.

Walaubagaimanapun, seiring peningkatan vaksinasi yang lebih meluas dan kes-kes jangkitan Covid-19 semakin menurun secara mendadak telah mendorong peningkatan dalam pekerjaan.

Disisi lain, tahap tuntutan berterusan menurun kepada 3.34 juta, turun 145,000 dari tahap semakan minggu sebelumnya. Walaupun terdapat peningkatan permohonan kali pertama, penurunan jumlah tuntutan berterusan mewakili tahap terendah untuk pengangguran yang mendapat faedah sejak Mac 2020. Dalam masa yang sama, purata bergerak empat minggu untuk tuntutan berterusan juga berkurangan iaitu sebanyak 44,500.

US dolar masih didagangkan rendah, dimana para penggubal dasar sepakat untuk terus menilai kemajuan ekonomi dan membincangkan mengenai rancangan untuk perubahan dalam pembelian aset mereka.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama lain diniagakan susut pada 92.517.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat