Laris Sungguh Jualan BFood, Pelabur Boleh Intai Potensi Keuntungan

205

AmInvestment Bank mengemaskini cadangan ‘hold’ daripada ‘sell’ terhadap Berjaya Food Bhd (BFood) dengan nilai saksama (FV) yang lebih tinggi iaitu RM1.13 berbanding 78 sen sebelum ini selepas meramalkan syarikat itu akan menjana pertumbuhan jualan yang lebih daripada suku pertama yang berakhir 30 September 2020 (1QFY21) dan tempoh seterusnya.

Firma penyelidikan itu menerusi notanya hari ini telah meningkatkan ramalan pendapatan BFood sebanyak 11% (FY21), 10% (FY22) dan 9% (FY23).

Jelas AmInvestment, BFood menerima lonjakan permintaan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) baru-baru ini.

Selain itu, perubahan ramalan itu berlaku disebabkan oleh peningkatan jualan Starbucks sejak tempoh PKPP selain perancangan BFood untuk membuka kira-kira 20 cawangan baharu pada FY21.

AmInvestment turut menjangkakan pertumbuhan jualan yang lebih baik terutamanya daripada Kenny Rogers Roasters (KRR) yang diramalkan meraih keuntungan positif selepas cukai pada FY21.

Malahan, BFood telah menutup 14 cawangan KRR yang tidak mencapai tahap ditetapkan pada FY20 dan tindakan itu membantu mengurangkan kos operasi.

Tambahan pula, BFood merancang untuk membuka 10 cawangan KRR bersaiz kecil berikutan peningkatan kedai berkonsepkan ‘grab-and-go’ dalam kalangan pengguna.

“Ini merupakan strategi norma baharu yang sedang diteliti oleh BFood kerana mereka percaya adalah lebih sesuai untuk membuka kedai bersaiz kecil ketika ini berbanding membuka restoran yang memerlukan kos operasi lebih tinggi.

“Kami percaya langkah ini akan menyumbang kepada nilai pendapatan yang lebih tinggi daripada KRR iaitu 11% daripada RM69 juta pada FY20 kepada RM76 juta pada FY21, iaitu kira-kira 10% daripada jumlah keseluruhan pendapatan BFood pada FY21,” kata firma berkenaan.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat