Lebih 200 Pips Pergerakan Harga Pada USD/CAD – Apa Yang Terjadi?

598

Dolar Amerika Syarikat kembali mencatatkan kejatuhan pada dagangan semalam memberi reaksi terhadap ucapan Gabenor Federal Reserve Jerome Powell pada hari pertama testimoni.

Powell memberi isyarat penurunan kadar dengan menjelaskan bahawa laporan data pekerjaan tidak memberi banyak perubahan terhadap unjuran. Dengan itu, pasaran yakin bank pusat bakal menurunkan kadar faedah sekurang-kurangnya kepada 25 mata asas pada bulan ini.

Isyarat daripada ucapan Powell telah kembali melihatkan jualan posisi dagangan USD dalam pasaran setelah kenaikan yang tinggi susulan laporan pekerjaan NFP minggu lalu. Minit mesyuarat FOMC yang dikeluarkan awal pagi tadi juga tidak menunjukkan sebarang perubahan dan reaksi pelabur.

Turut menjadi tumpuan pasaran semalam adalah keputusan mesyuarat penetapan polisi oleh bank pusat Kanada.

Bank of Canada (BOC) seperti jangkaan telah mengekalkan kadar faedah di paras 1.75% untuk mesyuarat Julai. Kadar tersebut dijangka bakal dikekalkan tidak berubah sepanjang tahun ini.

Dagangan Loonie mula mengalami penurunan susulan keputusan mesyuarat polisi dikeluarkan. Kenyataan bank pusat adalah lebih bernada dovish berbanding jangkaan.

BOC dilihat tidak terlalu terburu-buru untuk tindakan pelonggaran polisi, namun bank pusat tersetut turut meluahkan kebimbangan terhadap ketegangan perdagangan yang berterusan dan membayangi unjuran.

Dengan kedua-dua data tumpuan terarah pada dagangan Loonie dan USD, carta harga pada pasangan USD/CAD semalam ketara mencatatkan pergerakan volatile harga. Pergerakan harga merekodkan lebih 200 pips turun naik harga pada sesi Amerika.

Tumpuan pasaran pada hari ini pula akan terarah pada data inflasi di zon Eropah sebelum pada sesi New York pula, data inflasi Amerika Syarikat akan mempengaruhi pergerakan matawang USD.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat