Lebih $24 Juta Pinjaman DeFi Dicairkan, Compound Mendahului

700

Kejatuhan harga kripto pada hari ini telah mencetuskan jumlah kecairan DeFi tertinggi kedua dalam sejarah dengan sebanyak $12.4 juta pinjaman telah ditutup secara paksa dalam 24 jam.

Berdasarkan rekod, $13.7 juta atau hampir 60% kerugian di Compound diikuti Aave dengan jumlah kecairan bernilai $5.4 juta.

Kecairan pada hari ini merupakan yang kedua terbesar menghentam DeFi selepas margin call bernilai $93 juta yang didorong oleh lonjakan mendadak harga DAI pada 26 November 2020. Dengan lonjakan harga DAI sebanyak 30% lebih daripada $88 juta dicairkan sebagai cagaran untuk pinjaman kripto di protokol.

Pada masa yang sama, DeBank turut melaporkan kemerosotan jumlah nilai terkunci (TVL) daripada $44.5 bilion kepada $38.8 bilion dalam 24 jam lalu. Kehilangan sebanyak 12.8% itu juga menunjukkan penurunan terbesar harian sejak pasaran DeFi susut 15.4% pada 21 Jan.

Kecairan ini menjadi lebih keruh dengan lonjakan harga gas di Ethereum dengan sekitar bayaran yang dikenakan mencecah $30 bagi setiap transaksi.

Kesesakan di rangkaian ketika harga sedang susut mendadak juga menyebabkan sebilangan pelabur sukar untuk menutup posisi mereka pada waktunya.

Pengguna Kraken turut menuntut ganti rugi bagi kecairan besar-besaran yang disebabkan oleh penyusutan mendadak harga ETH kepada $700 di platform itu. Manakala sekitar $1,400 aset itu bertukar tangan di pertukaran lain.

Rata-rata firma besar yang memilih Bitcoin sebagai peluang pelaburan turut berhadapan dengan kerugian mencecah jutaan dolar. Misalnya, Tesla yang melaburkan sebanyak $1.5 bilion pada awal Februari lalu telah rugi sebanyak $200 juta manakala MicroStrategy yang memiliki jumlah Bitcoin paling banyak berbanding firma lain telah menyaksikan kerugian sebanyak lebih $330 juta.

Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $50,045, susut lebih 11% manakala ETH mencatatkan nilai $1,602, susut lebih 15% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat