Lebih 2,400 Angka Kematian Dicatatkan Dalam Tempoh 24 Jam, Covid-19 AS Makin Parah!

362

Amerika Syarikat semalam telah mencatatkan lebih daripada 2.400 angka kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam! Selain itu, ianya merupakan angka kematian harian yang tertinggi dalam tempoh 6 bulan ketika percutian Thanksgiving bermula.

Setakat ini, negara tersebut telah mencatatkan sejumlah 262,080 angka kematian, meningkat sebanyak 2,439 dalam tempoh 24 jam serta melaporkan hampir 200,000 kes jangkitan baru.

Namun begitu, kadar perjalanan rakyat Amerika yang dicatatkan mengalami penurunan pada malam sebelum sambutan Thanksgiving.  Kebiasaannya mereka akan melakukan perjalanan di seluruh negara untuk bersama keluarga dan rakan-rakan untuk meraikan sambutan berkenaan sebagai salah satu cuti kebangsaan yang dianggap penting.

Akan tetapi, beberapa hari kebelakangan ini, gambar di media sosial yang mendedahkan situasi lapangan terbang yang sesak menimbulkan kebimbangan bahwa rakyat Amerika tidak memandang serius dengan penularan wabak Covid-19.

Sementara itu, Presiden AS yang terpilih Joe Biden didakwa akan mempercepat rancangan untuk memberikan vaksin kepada rakyat dalam kadar segera bahkan berjanji untuk mengembalikan kehidupan normal mereka.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat