Lebih RM4.9 Bilion Aset Kripto Dicairkan Dalam 24 Jam, Rekod Terendah Sejak 10 Bulan Lalu

1,016

Pasaran kripto yang tidak menentu sudah tentulah mengundang resah para pelabur, lagi-lagi golongan amatur.

Tetapi apa yang tidak menyenangkan hati pemerhati pasaran ialah apabila lebih $1 bilion aset kripto dicairkan dalam tempoh 24 jam.

Untuk pengetahuan, kebanyakan mata wang kripto mengalami keruntuhan harga hampir 50% ketika artikel ini ditulis, bermakna pelabur-pelabur kripto yang baharu menceburkan diri dalam ruang ini sedang berdepan dengan kerugian besar.

Berdasarkan rekod, hampir 300 ribu pelabur mencairkan aset kripto bernilai $1.11 bilion (RM4.9 bilion) ketika Fear & Greed Index menunjukkan sentimen ‘ketakutan melampau’.

Ketika harga Bitcoin (BTC) menjunam ke paras bawah $30,000, menyentuh rekod Julai 2021; aset ini menyaksikan kecairan tertinggi dengan nilai $362.07 juta, diikuti dengan Ethereum (ETH) yang mencatatkan nilai $326.50 juta.

Pelabur yang membuat pelaburan jangka panjang (long position) dilihat telah memcairkan pegangan mereka dengan jumlah kumulatif, $71.36 juta, berbanding short position sedikit rendah dengan rekod $63.37 juta setakat hari ini.

Platform pertukaran kripto, Binance pula mengungguli carta dengan rekod sebanyak 197.96 juta aset telah dicairkan dalam 24 jam.

Tidak hairanlah kenapa Binance mengambil keputusan untuk menyekat pengeluaran beberapa aset kripto bermula tengahari tadi.

HODL saja gaisss dan bertenang mengharungi lautan api ini..fuhh, harap-harap tak ada pembaca kripto Intraday all-in KWSP hari tu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat