Leicester City & FBS Umum Kerjasama Penajaan Utama Baru Bersejarah Untuk Kelab

303

Leicester City telah menandatangani perjanjian tiga tahun dengan sebuah syarikat perdagangan dalam talian FBS sebagai rakan penajaan utama kelabnya. Ikatan kerjasama ini akan bermula pada musim 2021/2022, dan The Foxes akan memakai jersi baharu yang berlogo FBS buat pertama kali di perlawanan akhir Liga Perdana Inggeris melawan Tottenham Hostpur di Stadium King Power pada hari Ahad, 22 Mei.

Kerjasama ini akan menyatukan Juara Liga Perdana 2015/16 dan Piala FA 2021 dengan salah satu syarikat penyedia perkhidmatan kewangan yang paling pantas berkembang di dunia.

Komitmen antara FBS dan Club ini akan memanfaatkan kisah kekuatan Leicester City yang semakin meningkat untuk menunjukkan kemampuan unik FBS untuk mengubah cara dunia melabur. Dengan terpampangnya nama FBS di dada jersi The Foxes dan media utama lain, FBS akan meningkatkan kesedaran mengenai teknologi dan perkhidmatan perdagangannya di seluruh dunia.

FBS mempunyai lebih daripada 16 juta pelanggan di seluruh dunia dan beroperasi di hampir semua negara di seluruh dunia. Syarikat ini bercita-cita untuk menggunakan teknologi bagi membolehkan pelaburan di pasaran kewangan diakses dengan lebih mudah oleh semua, menjadikannya gandingan yang sesuai untuk Leicester City, yang telah mewujudkan komuniti penyokong di seluruh dunia merentasi budaya dan benua berikutan dari kemasyhuran mereka memenangi Liga Perdana 2015/16.

Susan Whelan, Ketua Pegawai Eksekutif untuk Leicester City, berkata: “Kami sangat berbangga dapat memulakan kerjasama ini dengan FBS, salah satu syarikat perkhidmatan kewangan global yang paling menarik dan dinamik. Membentuk satu kerjasama penting pada skala ini memang sudah lama menjadi sebahagian dari visi kami untuk Kelab, yang akan membolehkan kami terus melabur dalam penambahbaikan dan pertumbuhan sambil menaikkan lagi profil Kelab di seluruh dunia. Kami berharap dapat bekerjasama dengan FBS untuk membawakan visi kami bagi kerjasama ini kepada dunia dan fanbase global kami.”

Yulia Ivanova, Ketua Pegawai Eksekutif FBS, berkata: “Kami sangat teruja dengan kerjasama ini dan peluang untuk meletakkan FBS sejajar dengan sejarah Leicester City yang luar biasa, yang terus bermain di imaginasi peminat sukan di seluruh dunia. Ini akan memperluaskan kedudukan jenama kami dan akan membantu kami memasarkan portfolio penyelesaian komprehensif kami kepada semua pelanggan di seluruh dunia. Kami sangat berbangga dapat berkerjasama dengan Leicester City dan menjadi sebahagian daripada kisah Kelab ini pada tahun-tahun yang akan datang.”

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat