Lelaki Ini Kaut Keuntungan $40 Juta Ketika Krisis Pasaran Terbesar Sejarah!

9,103

Nassim Nicholas Taleb dilahirkan pada 1960 di Amioun, Lebanon. Beliau merupakan anak kepada Dr Najib Taleb, seorang ahli onkologi dan penyelidik dalam bidang antropologi.

Keluarganya terdiri daripada golongan berada dan penganut Greek Orthodox. Selain itu, kehidupan Nassim dikelilingi oleh individu-individu hebat. Hal ini demikian kerana datuk dan moyangnya adalah timbalan perdana menteri manakala datuk moyangnya adalah seorang gabenor di Pergunungan Mount, Lebanon.

Oleh itu, Nassim banyak mengambil inspirasi daripada mereka. Seterusnya, beliau berjaya menamatkan pengajian ijazah dan sarjananya dalam bidang sains di University of Paris.

Nassim memperoleh MBA dari Wharton School di University Pennsylvania dan PHD dalam bidang pengurusan sains di University of Paris.

Gara-gara minatnya yang mendalam terhadap matematik, beliau telah menulis sebuah tesis tentang matematik harga derivatif yang diselia oleh Helyette Geman. Hebat!

Setelah itu, Nassim memulakan kerjayanya sebagai seorang trader, bekerja sebagai penganalisis kuantitatif dan menubuhkan firma pelaburannya sendiri. Namun, disebabkan oleh pengajiannya yang tertumpu kepada statistik, beliau mula berpendapat bahawa keseluruhan sistem kewangan adalah bermasalah.

Seterusnya, beliau mula meraih populariti melalui penulisan beberapa buah buku seperti Fooled By Randomness dan The Black Swan yang mencabar pandangan konvensional terhadap model kewangan dan statistik matematik.

Pada tahun 1980-an, Nassim telah bekerja sebagai pengendali pasaran options. Hakikatnya, beliau merupakan seorang trader yang hebat kerana berjaya mengaut keuntungan berganda.

Kehebatannya terserlah ketika berlakunya peristiwa Black Monday pada 19 Oktober 1987, apabila Dow Jones Industrial Average jatuh sebanyak 22.6%, Nassim berjaya mengaut keuntungan sebanyak $40 juta sedangkan peristiwa tersebut merupakan krisis pasaran yang terbesar dalam sejarah!

Berdasarkan ilmu dan pengalamannya, Nassim meramalkan kebarangkalian yang tinggi institusi yang ditaja oleh kerajaan, Fannie Mae akan muflis. Institusi yang dianggap mahir dalam pengurusan risiko dalam pasaran mortgage itu telah dianalisis oleh Nassim. Hasil daripada analisisnya itu, beliau mendapati bahawa risiko yang bakal dihadapi oleh institusi berkenaan akan mendatangkan kesan yang buruk.

Uniknya, ramalan yang dibuat adalah tepat. Kejatuhan institusi tersebut telah menyebabkan pembayar cukai Amerika Syarikat terpaksa berhadapan dengan peningkatan cukai sehingga mencecah ratusan bilion dolar.

Kini, Nassim Nicholas Taleb sangat dikenali sebagai pelabur yang genius kerana mampu meramalkan peristiwa akan datang. Bahkan ideanya tentang ‘Black Swan’ iaitu peristiwa-peristiwa dalam pasaran yang sukar dijangka dan mempunyai kesan buruk telah diterima pakai dalam dunia pelaburan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat