Lelaki Ini Langsungkan Perkahwinan Bertemakan Bitcoin!

255

Nassar, jurutera perniagaan antarabangsa dari Lubnan yang juga seorang peminat Bitcoin (BTC) telah membawa kecintaannya terhadap kripto itu ke tahap yang lebih tinggi apabila  melangsungkan perkahwinannya bertemakan inovasi Satoshi Nakamoto, BTC.

Buktinya, setiap tetamu perkahwinan akan menerima Satoshi iaitu denominasi terkecil BTC sebagai hadiah perkahwinan kerana menghadiri hari istimewa keluarga Nassar, manakala tema perkahwinan tersebut adalah gunung berapi yang membawa maksud bon BTC El Salvador atau lebih dikenali sebagai bon Volcano.

Menurut Nassar, beliau turut mendirikan gambar gunung berapi dalam perkahwinan tersebut serta mengedarkan hadiah melalui Lightning Network.

Maknanya, di bawah setiap set kutleri akan mempunyai arahan kepada tetamu untuk memuat turun wallet BTC Lightning Network bagi menerima 4,000 Satoshi yang kini bernilai $1.60 disebabkan penurunan nilai BTC pada masa perkahwinan.

Malah, pautan itu membawa tetamu majlis ke video YouTube bagi menunjukkan mereka cara menyediakan wallet dan sebab perlu membeli BTC.

Namun demikian, hanya 75 daripada 250 tetamu sahaja menerima hadiah perkahwinan Satoshi dengan memuat turun wallet seterusnya mendapat 4,000 Satoshi.

Realitinya, kaedah beliau untuk mempromosikan penggunaan BTC berjaya mencapai kadar kejayaan 30% memandangkan penggunaan BTC di seluruh dunia hanya boleh mencapai 10% menjelang 2030.

Difahamkan juga, Nassar merupakan penyokong tegar BTC, jadi tidak hairanlah kalau hari perkahwinannya menjadi masa yang sesuainya untuk mendidik ramai orang tentang kepentingan BTC termasuklah menerangkan dasar monetari dan apakah itu wang fiat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat