Lelaki Ini Risau Dengan Keadaan Ekonomi Dan Memberi Amaran

51

Menurut seorang pelabur terkenal, Jim Rogers, kegawatan ekonomi semakin menghampiri namun tiada safe haven buat para pelabur.

“Bukan saya seorang sahaja yang tahu mengenai ketidakstabilan ekonomi dan kegawatan yang akan datang”, katanya dalam temuramah bersama Real Vision TV semalam.

Tambahnya lagi, “Dan semua orang sedang mencari cara untuk melindungi harta mereka sekarang, ramai yang beralih ke emas dan USD namun keduanya juga tidak selamat!”

“Saya memiliki sejumlah USD yang sangat banyak, bukan kerana USD itu adalah safe haven namun kerana ramai fikir ia adalah tempat paling selamat. Apabila kegawatan ekonomi bermula, ramai akan mula membeli USD dan apabila permintaan meningkat maka USD juga akan meningkat”.

Kekayaan yang dimiliki Jim Rogers adalah sebanyak $300 juta.

Dan apabila USD menguat, matawang lain akan terus melemah dan melemah termasuk matawang CNY, Euro dan Pound.

Jim memberi amaran kepada mereka yang melihat kekuatan pasaran saham Amerika Syarikat supaya berhati-hati dan memberitahu selama ini ramai yang menutup mata terhadap masalah ekonomi.

Selain daripada Jim, Stan Drunckenmiller juga memberitahu pelabur kena berjaga-jaga dan beralih ke emas, manakala Jerry Haworth memberitahu yang kacau bilau dalam ekonomi akan berlaku.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat