Lemahlah Token Lain, Token ALGO Naik Walaupun Pasaran Kripto Jatuh!

188

Token Algorand (ALGO) melonjak naik walaupun pasaran mata wang kripto jatuh disebabkan keadaan makroekonomi yang lemah.

Buktinya, ALGO meningkat lebih 8% dalam tempoh 24 jam lalu walaupun berlaku penjualan besar di seluruh pasaran altcoin dengan Bitcoin (BTC) jatuh di bawah paras $19,000 pada $18,700 dan Ethereum (ETH) turun 6% dalam 24 jam lalu.

Faktor kenaikan token tersebut adalah hasil daripada pencapaian 6,000 transaksi per saat (TPS) pada blockchain, mengalahkan 5,000 TPS oleh Mastercard.

Diperjelaskan, ALGO merupakan protokol blockchain berasaskan proof-of-stake (PoS) yang membuatkan tokenya decentralized, lebih selamat dan berskalabiliti tanpa kompromi.

Semalam, ALGO mencapai salah satu pencapaian teknikalnya yang paling penting iaitu PoS pada blockchain tersebut yang berupaya menandatangani mesej secara digital dengan cara decentralized.

Menurut Silvio Micali, pengasas bersama ALGO, PoS dapat mengekalkan keselamatan blockchain daripada serangan kuantum serta membenarkan perhubungan decentralized dengan blockchain lain.

Tambahnya lagi, blockchain tersebut kini boleh mengendalikan 6,000 TPS berbanding Mastercard termasuklah pembentukan blok dalam masa 3.7 saat.

Sebagai rekod, lonjakan harga ALGO semasa kejatuhan kripto berbeza dengan ETH selepas The Merge, walaupun ETH jatuh sebanyak 20%, pencapaian teknologi ALGO menghasilkan lonjakan lebih 20%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat