Lepas Buang Pekerja, Tesla Naikkan Harga Kereta Pula!

1,209

‘Halus tapi menimbulkan kecurigaan apa yang Tesla cuba lakukan ini, mungkin nak kurangkan kos beli Twitter kot?’

Tesla Inc bertindak mengurangkan jumlah pengambilan pekerja sebanyak 14% selain turut menaikkan harga bagi kereta elektrik (EV) syarikat selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Elon Musk menyuarakan kebimbangan ekonomi.

Keputusan tersebut dicapai berdasarkan prospek keadaan ekonomi global yang membimbangkan termasuk inflasi, kemelesetan dan masalah rantaian bekalan.

Menurut sumber, Tesla telah mengurangkan penawaran pekerjaan dari 5,855 ke 5,011 bermula bulan ini, beberapa hari selepas Musk ‘mengugut’ untuk membuang sejumlah 10% pekerja dalam usaha mengadaptasi tekanan ekonomi.

Pada tempoh hari juga, Tesla telah bertindak membuang pengurus syarikat cawangan Singapura Christopher Bousigues tanpa mengemukakan sebab dan telah mengenalpasti lagi 20 orang yang bakal diberhentikan.

Menabur garam pada luka, Tesla yang memiliki 100,000 pekerja diseluruh dunia turut bertindak membatalkan 3 program pengambilan dalam talian di China sungguhpun masih mengekalkan progam tersebut di beberapa kawasan di Jerman.

Pada sisi berbeza, Tesla juga didapati menaikkan harga penjualan EV Model Y dari $62,990 kepada $65,990 menurut laman rasmi syarikat.

Sumber dalaman menyatakan bahawa isu kenaikan harga bahan mentah termasuk aluminium memaksa Tesla menaikkan harga bagi beberapa model EV bagi menampung kos keseluruhan pembuatan.

Ternyata status dan profil Elon Musk tidak kebal walaupun berhadapan dengan kenaikan inflasi seperti yang dinyatakan dalam e-mel beliau tempoh hari.

Selain itu, tidak dilupakan juga isu pemerolehan Twitter oleh Musk yang tidak berkesudahan menambah kebimbangan pelabur di sebalik kejatuhan prestasi Tesla sejak kebelakangan ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat