Lepas Dah Jatuh 500 Pips, GBP/USD Sambung Turun Lagi Ke Paras Terendah Sejak Jun 2020

335

Walaupun sudah 500 pips penurunan harga dicatatkan pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD sejak penghujung minggu lalu sehingga Rabu.

Tidak terhenti setakat itu, penurunan masih lagi diteruskan pada dagangan Khamis semalam selepas harga tembusi paras sokongan pada 1.25000 seperti yang dijangkakan penganalisis.

Hampir menyentuh paras sasaran 1.24000, penurunan harga telah mencatatkan paras terendah terbaru sejak Jun 2020 mencecah sekitar 1.24100.

Pound dilihat terus gagal menghalang dominasi US dolar dengan tumpuan utama adalah kepada mesyuarat FOMC minggu hadapan susulan jangkaan kenaikan kadar faedah 50 mata asas oleh Federal Reserve (Fed).

Kekal memberi isyarat pergerakan bearish, harga masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) sejak penghujung minggu lalu dan bersambung sepanjang minggu ini.

Terdapat kenaikan harga pada penghujung sesi New York semalam bersambung ke sesi Asia pagi ini menuju ke paras 1.25000.

Paras tersebut dilihat akan menjadi rintangan untuk pembetulan harga (correction) pada pergerakan bearish sebelum dijangka untuk menyambung penurunan lebih rendah pada penutupan dagangan April ini.

Penurunan yang diteruskan dilihat akan menguji zon support pada 1.24000 sebelum harga yang tembusi zon tersebut akan terus mencatatkan paras terendah terbaru 2 tahun.

Namun jika kenaikan harga melepasi rintangan 1.25000 dan juga melepasi halangan MA50, pelabur akan menilai sebagai isyarat awal bagi pengakhiran trend bearish harga sebelum ini.

Untuk jangkaan kenaikan harga pula, paras rintangan awal yang bakal diuji dilihat pada 1.26000 sebelum kenaikan lebih tinggi akan menuju pula sekitar paras 1.27000.

Minggu hadapan bakal menjadi minggu mencabar buat pelabur menjelang mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) dan Fed yang akan menggegarkan mata wang Pound dan US dolar.

Lihat gambar carta harga pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat