Lepas Kejutan Di Sesi Eropah, EUR/USD Kembali ‘Bearish’ Semula

174

Pergerakan menarik dipaparkan oleh mata wang utama Khamis semalam dengan tumpuan terhadap keputusan mesyuarat bank-bank pusat menjadi tumpuan selain terdapat kejutan berlaku di sesi Eropah.

US dolar mengukuh sejurus keputusan mesyuarat FOMC awal pagi Khamis semalam menyaksikan kadar faedah dinaikkan lagi sebanyak 75 mata asas oleh Federal Reserve (Fed) untuk kali ketiga berturut-turut.

Namun selepas momentum pengukuhan yang agak reda pada dagangan yang bersambung di sesi Asia, US dolar kembali didagangkan menyusut susulan kejutan kerajaan Jepun untuk campur tangan secara terus dalam pasaran kewangan beberapa jam selepas bank pusat Jepun (BOJ) mengekalkan kadar faedah dan dasar yang longgar.

Langkah luar biasa Jepun tersebut adalah bertujuan untuk mengawal kejatuhan lebih buruk Yen berbanding US dolar yang telah menyusut ke paras terendah sejak 1998, dan telah menyebabkan US dolar lemah di sesi Eropah, namun kembali pulih semula di sesi New York.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD semalam menyaksikan penurunan harga telah diteruskan sehingga ke zon support 0.98000 selepas kesan pengukuhan US dolar susulan kenaikan kadar faedah oleh Fed.

Namun selepas bergerak agak perlahan di sesi Asia, berlaku lantunan semula harga ekoran penyusutan US dolar kesan campur tangan Jepun dalam pasaran.

Harga meningkat semula sekitar 100 pips dengan paras rintangan 0.98800 pada zon SBR (support become resistance) diuji, namun harga gagal untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut.

Penurunan semula harga dipamerkan pada dagangan bersambung pada sesi New York menyaksikan harga masih bergerak dalam trend bearish di mana halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD belum berjaya ditembusi harga.

Sekiranya harga masih berjaya menyambung penurunan lebih rendah pada penutup dagangan minggu ini, berkemungkinan zon support pada 0.98000 boleh ditembusi untuk harga catatkan paras terendah terbaru 20 tahun.

Untuk penurunan lebih rendah yang diteruskan, harga dilihat boleh mencecah sehingga ke sekitar 0.97000.

Namun, jika lantunan harga berlaku lagi, rintangan pada 0.98800 akan terus menjadi tumpuan untuk diuji harga.

Jika berjaya ditembusi dan juga kenaikan melepasi halangan MA50 yang memberi isyarat perubahan trend, sasaran akan kembali pada zon pariti 1.0000 semula.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat