Lepas Lonjakan Padu Minggu Lalu, EUR/USD Berundur Semula Ke $1.0700

212

Dijangka untuk menyambung corak pada minggu lalu, sebaliknya US dolar paparkan pergerakan positif pada dagangan awal minggu semalam.

Pasaran tetap berwaspada dengan risiko penyusutan US dolar selepas laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan penghujung minggu lalu catat bacaan yang merosot.

Justeru, pelabur menjangkakan penyusutan US dolar akan berterusan lagi pada minggu ini, namun raja mata wang itu dilihat bergerak agak kukuh pada sesi New York semalam.

Seperti yang diperlihatkan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga pada mulanya berjaya meningkat sedikit di sesi Eropah semalam mengatasi paras ketinggian pada lonjakan minggu lalu.

Namun selepas mencapai paras ketinggian sekitar 1.07550, harga kembali berundur turun semula di sesi New York sebelum menutup dagangan penghujung sesi sekitar 1.07200.

Pergerakan harga perlahan menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Selasa) dengan harga dilihat menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.

Harga yang turut menghampiri zon 1.07000 dijangka akan memberi reaksi penting untuk petunjuk arah pergerakan harga selanjutnya.

Jika harga melantun naik ke atas semula, kenaikan berkemungkinan akan diteruskan untuk mengatasi paras ketinggian dicapai semalam.

Seterusnya, pergerakan trend bullish yang diteruskan akan mensasarkan untuk menuju ke zon tumpuan pada 1.08000.

Namun, sekiranya harga menjunam ke bawah zon 1.07000 selepas melepasi paras sokongan MA50, pelabur akan menilai sebagai isyarat awal untuk pergerakan bearish harga bermula.

Penurunan harga boleh mencecah semula ke sekitar paras tumpuan sebelum ini di 1.06000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat