Lepas Menjunam Teruk, Ini Pergerakan Harga Minyak Terkini!

285

Harga minyak mentah meraih kenaikan kecil pada hari Selasa setelah mencatatkan kejatuhan ketara pada sesi dagangan sebelum ini ditekan oleh kekhuatiran terhadap permintaan bahan bakar yang lemah.

Niaga hadapan minyak mentah Brent mendaki dengan peningkatan 0.8% untuk diniagakan di sekitar harga $41.18 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula terus lemah pada $38.91 setong walaupun mencatat sedikit kenaikan.

Peningkatan ini mungkin disokong oleh pengurangan pengeluaran AS ketika syarikat minyak mula menutup pelantar berikutan satu lagi ancaman taufan di Teluk Mexico.

Bagaimanapun, pergerakan harga masih dibataskan oleh lonjakan kes baru jangkitan coronavirus yang membimbangkan di seluruh dunia, terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah sekali gus melemahkan prospek permintaan global berikutan perlaksanaan sekatan baru di beberapa kawasan.

Selain itu, kurangnya kemajuan dalam pakej bantuan coronavirus AS telah menambahkan lagi tekanan dagangan komoditi hitam, walaupun Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi mengatakan pada hari Isnin beliau berharap kesepakatan dapat dicapai sebelum pilihan raya presiden 3 November.

Dalam pada itu, Pemimpin Majoriti Senat, Mitch McConnell telah menggesa supaya Senat ditangguhkan sehingga 9 November, iaitu seminggu selepas pilihan raya diadakan yang akan menghentikan dewan dari sebarang urusan mengenai perundangan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat