Lepas Ni Boleh Beli Kripto Di Metamask Terus Dari Akaun Bank!

863

Metamask bakal menawarkan kaedah baharu yang memudahkan pengguna membeli mata wang kripto bagi menerajui industri wallet aset digital tersebut.

Oleh demikian, platform kewangan yang menawarkan instant ACH settlements* Sardine akan membuat perjanjian bersama syarikat teknologi blockchain ConsenSys dalam membenarkan pengguna Metamask di Amerika Syarikat (AS) membeli mata wang kripto dengan akaun bank daripada wallet UI.

*Ciri yang membolehkan dana disediakan serta-merta dalam wallet pengguna akhir sebelum dana diterima daripada debit ACH

Kerjasama tersebut turut membolehkan Sardine mencapai pelan hala tujunya susulan baru-baru ini syarikat berjaya mengumpul $51.5 juta dalam pembiayaan Siri B yang diketuai a16z dan disokong oleh nama besar seperti Visa serta Google Ventures.

Difahamkan juga bahawa sebelum ini Metamask pernah bekerjasama dengan Asset Reality bagi membantu pengguna memulihkan mata wang kripto yang dicuri secara percuma.

Sementara itu, pengguna Metamask harus mematuhi proses KYC mandatori Sardine jika berkeinginan untuk menggunakan pilihan pembayaran “Instant ACH” yang akan tersedia di 48 negeri AS, manakala Hawaii dan New York akan diterima masuk tidak lama lagi.

Diperjelaskan, Sardine menetapkan had pembelian $3,000 sehari, $5,000 seminggu dan $25,000 sebulan untuk mengelakkan berlaku aktiviti penipuan.

Menurut ConsenSys, pembayaran segera yang ditawarkan oleh Sardine akan menjadi lebih berkesan berbanding sistem pembayaran tradisional yangs sering ditolak semasa membuat pembelian kad.

Tambahnya lagi, infrastruktur Sardine digunakan oleh syarikat mata wang kripto utama seperti FTX, Moon Pay dan Autograph.

Dalam pada itu, Metamask pernah melancarkan Metamask Institutional (MMI), iaitu wallet yang direka untuk membenarkan pengguna melibatkan diri dalam Web3 serta kewangan terdesentralisasi (DeFi).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat