Lepas Tembus 1.18000, EUR/USD Nak Panjat Tinggi Lagi?

638

Pergerakan harga bagi carta pasangan matawang EUR/USD menyaksikan harga tembusi paras rintangan 1.18000 untuk mencatatkan paras tertinggi 2 minggu dagangan.

Situasi tersebut adalah didorong oleh faktor penyusutan ketara US dolar dalam pasaran di penghujung minggu berikutan harapan optimis untuk pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) mencapai kesepakatan.

Penyusutan US dolar telah memberi ruang untuk matawang utama mencatat peningkatan dengan kenaikan harian pada carta EUR/USD sekitar 70 pips ke paras ketinggian 1.18300.

Namun, dagangan pada awal minggu ini menyaksikan terdapat perbezaan pada pembukaan harga (gap) di sesi Asia lebih rendah berbanding penutupan harga minggu lalu.

Penasihat White House, Larry Kudlow menyatakan Presiden Donald Trump telah menawarkan pakej rangsangan bernilai $1.8 trilion termasuk bantuan kepada individu dan lanjutan program perlindungan gaji di AS.

Di hujung minggu, Speaker Nancy Pelosi dalam perbincangan bersama Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin dilihat gagak mencapai persetujuan rundingan. Ini menjadi faktor pembukaan lebih rendah harga berikutan jangkan peningkatan semula nilai dagangan US dolar.

Harga bermula di sekitar paras 1.18100 dan bergerak mendatar di atas paras tersebut sementara pelabur menantikan perkembangan terbaru perbincangan pada minggu ini.

Harga berkemungkinan akan turun menguji paras 1.18000 pada zon RBS (resistance become support) sebelum meneruskan trend kenaikan harga ke paras lebih tinggi.

Kenaikan seterusnya dijangka akan menuju ke paras resistance pada 1.19000 yang telah diuji pada dagangan September lalu.

Sekiranya harga membuat penurunan lebih rendah di bawah paras 1.18000 semula, berkemungkinan trend bearish harga akan bermula dan paras tumpuan awal penurunan dijangkakan pada sekitar 1.17200 sebelum menuju zon RBS 1.16800.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat