Lepas Tiba-Tiba Terpacak, GBP/USD ‘Lemau’ Semula

327

Pergerakan mata wang US dolar dilihat bergerak tidak menentu menuju dagangan penghujung minggu ini selepas reaksi pasaran terhadap terbitan data inflasi dan indeks harga pengeluar Amerika Syarikat (AS).

Setelah tumpuan beralih dari data inflasi AS, indeks harga pengeluar (PPI) untuk bulan Julai dilihat mengucup -0.5% berbanding jangkaan 0.2%, menjadi penurunan pertama dicatatkan untuk tempoh lebih 2 tahun.

Jangkaan pelabur terhadap penetapan dasar oleh Federal Reserve (Fed) kini berdepan dua kemungkinan dimana bakal berlakunya kenaikan sebanyak 50 mata asas ataupun 75 mata asas pada mesyuarat September nanti.

Mata wang Pound gagal untuk memanfaatkan ruang untuk meneruskan peningkatan ke atas US dolar yang melemah, susulan pelabur semakin berwaspada menantikan terbitan data pertumbuhan ekonomi UK di awal sesi Eropah sebentar lagi.

Memerhatikan pergerakan harga pada carta pasangan GBP/USD pada dagangan Khamis semalam, harga bergerak lebih mendatar berbanding lonjakan ketara yang berlaku pada Rabu lalu.

Tidak berjaya mengatasi ketinggian pada lonjakan hari sebelumnya, harga walau bagaimanapun masih bertahan di atas zon 1.22000 sehingga dagangan bersambung ke sesi Asia pagi Jumaat ini.

Pelabur masih menilai pergerakan harga dalam trend bullish yang masih disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.

Sekiranya paras berjaya membendung harga daripada membuat penurunan dan harga mula melonjak semula dari zon 1.22000, kenaikan harga bakal bersambung pada dengan sasaran masih lagi terlihat pada rintangan ketinggian 1.23000.

Paras tersebut masih lagi gagal diuji sejak kenaikan pada minggu lalu, dan jika harga berjaya melepasi paras tersebut, paras tertinggi terbaru 8 minggu bakal dicatatkan berkemungkinan mencapai 1.24000.

Sebaliknya, jika harga mula menunjukkan penyusutan di bawah paras MA50 dan zon 1.22000, harga dilihat bakal menuju semula ke paras sokongan 1.21000 sekaligus mengurangkan semula keuntungan yang diraih ketika lonjakan pada data inflasi sebelum ini.

Penurunan lanjut harga yang diteruskan berkemungkinan akan mencecah zon support harga pada 1.2000 seperti situasi penurunan di penghujung minggu yang lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat